Connect with us

Berita Lain

Mukhriz gagal saman fitnah



MENTERI Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir gagal dalam saman fitnahnya terhadap bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berhubung dakwaan pakatan sulit menjanjikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Hakim Datuk Nordin Hassan menolak tuntutan saman Mukhriz selepas mendapati dua kenyataan Tunku Abdul Aziz tidak bersifat memfitnah kerana jika dibaca secara keseluruhan, ia tidak menyerang integriti dan kredibiliti Mukhriz.


Nordin sehubungan itu memerintahkan Mukhriz selaku plaintif membayar kos sebanyak RM15,000.


Dalam penghakimannya, Nordin berkata dua kenyataan yang dibuat Tunku Abdul Aziz selaku defendan tidak mendedahkan Mukhriz kepada kebencian dan hinaan yang boleh merendahkannya pada pandangan masyarakat.


Kenyataan pertama bertajuk ‘Memang wujud pakatan sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ – Tunku Aziz pada 30 Disember 2016 dan disiarkan dalam blog AIDCNEWS.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Kenyataan kedua pula dikeluarkan pada 3 Januari 2017 bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah.’ yang disiarkan portal Malaysia Outlook.


Nordin berkata, dua kenyataan berkenaan jika diteliti melalui maksud semula jadinya tidak bersifat memfitnah seperti didakwa Mukhriz dalam pernyataan tuntutan bahawa ia bermaksud antaranya beliau tidak telus dan jujur dalam karier politik dan membelakangkan rakan politik dengan menyembunyikan pakatan rahsia.


“Secara kesimpulannya, kenyataan defendan tidak bersifat fitnah terhadap plaintif menurut prinsip undang-undang.


“Justeru itu, plaintif gagal membuktikan kes terhadap defendan pada imbangan kebarangkalian.


“Dengan itu, tuntutan saman plaintif ditolak dan plaintif diperintahkan membayar kos RM15,000 kepada defendan,” katanya,


Mukhriz memfailkan saman itu terhadap Tunku Abdul Aziz pada 7 Februari 2017 dengan mendakwa Tunku Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan pada 30 Disember 2016 bertajuk ‘Memang wujud pakatan sulit antara Tun Mahathir dan Kit Siang’ – Tunku Aziz.


Mukhriz dalam pernyataan tuntutan berkata, selepas mengeluarkan notis kepada Tunku Abdul Aziz bagi membuktikan dakwaannya, defendan sekali lagi sebagai balasan menerbitkan kenyataan pada 3 Januari 2017 bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz gesa Mukhriz, Kit Siang buat pengakuan bersumpah.’


Sementara itu peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Mukhriz ketika ditemui pemberita selepas prosiding, berkata beliau akan mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada untuk memfailkan


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel