Connect with us

Berita Lain

Musa Aman Di London?


Gambar dan video menunjukkan seorang lelaki
mirip Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman di stesen kereta
api St Pancras di London tular.
Gambar dan video pendek itu dimuat naik seorang pengguna
Facebook, Az Eem yang juga membuat pautan kepada Rafizi Ramli yang menerajui
Invoke Malaysia, lapor mStar online.
Status tersebut dipaparkan beberapa jam lalu pada Khamis (31
Mei) dengan keterangan: Bekas KM (Ketua Menteri) Sabah dikesan di St Pancras,
London.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada individu yang
berjaket merah dan memakai topi, berdiri bersama troli bagasi dan seorang anak
kecil sebagaimana yang ditunjukkan di dalam video tersebut, adalah Musa atau
tidak.
Musa dipercayai meninggalkan negara dan pergi ke London
tanpa mengikut undang-undang imigresen.
Bagaimanapun, beberapa pegawai Musa mengatakan bahawa ia
mungkin gambar dan video lama yang disebarkan.
Musa sehingga kini masih tidak dapat dikesan meskipun
beberapa kali membuat kenyataan menerusi peguamnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Kenyataan terakhir yang dibuat pada 26 Mei lalu bagi
menyampaikan mesej bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas
untuk melakukan pemeriksaan di kediamannya.
SPRM mencari Musa berhubung siasatan rasuah dan polis mahu
merekodkan keterangan beliau berhubung laporan polis dibuat Yang di-Pertua
Negeri, Tun Juhar Mahiruddin terhadapnya.
Sumber SPRM membayangkan Musa telah meninggalkan negara
sebelum ia memohon namanya disenarai hitam untuk menghalangnya ke luar negara.
Polis Sabah mahu merakamkan kenyataan daripada Musa tetapi
memberitahu mereka tidak mempunyai waran tangkap terhadap bekas ketua menteri
itu, yang disahkan tidak berada di Kota Kinabalu.
Jabatan Imigresen tidak mempunyai rekod Musa ke luar negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel