Connect with us

Berita Lain

Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia, Singapura Setuju untuk Jalin Kerjasama Siasat Skandal


Pasukan petugas khas 1MDB Malaysia dan Singapura hari ini
bersetuju untuk menjalinkan kerjasama dalam siasatan skandal membabitkan firma
pelaburan negara itu.
Persetujuan dicapai dalam pertemuan pasukan petugas khas
kedua-dua negara di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Putrajaya.
“Mesyuarat hari ini telah bersetuju agar kedua-dua
pihak bekerjasama bagi membawa pulang sejumlah wang kepada kerajaan Malaysia
yang dipercayai telah diseleweng daripada 1MDB.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerjasama kedua-dua pihak juga bertujuan mengumpul
bahan bukti serta mengesan saksi di Singapura secepat mungkin. Pasukan juga
akan melakukan ‘jejak wang’ (money trail) bagi mengesan wang dan aset yang
masih wujud,” kata pasukan petugas khas 1MDB Malaysia dalam kenyataan, lapor Malaysiakini.

Menurut kenyataan itu, sejumlah sembilan pegawai kanan
siasatan Singapura hadir, terdiri daripada wakil Pejabat Peguam Negara, Jabatan
Hal Ehwal Komersial, dan Autoriti Kewangan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pasukan petugas khas 1MBD pula diwakili semua anggotanya,
iaitu bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya
SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri
Abdull dan bekas timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid
Bador.
Terdahulu, mereka telah bertemu dengan Biro Siasatan
Persekutuan (FBI), Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) dan bekas pegawai
PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo.
Singapura telah mengambil tindakan terhadap beberapa bank
dan pegawainya kerana terlibat dalam transaksi berkaitan 1MDB, termasuk menutup
BSI Bank dan Falcon Bank.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel