Connect with us

Berita Lain

Azizah sah tanding Ketua Wanita UMNO

NAIB Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun. FOTO Syarafiq Abd Samad


NAIB Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun hari ini mengesahkan akan bertanding sebagai Ketua Wanita UMNO dalam pemilihan sayap parti itu pada 23 Jun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Ya, Insya-Allah,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp ketika dihubungi wartawan NSTP.


Beliau secara sukarela menawarkan diri susulan keputusan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil tidak mempertahankan jawatan yang disandang sejak 2008 itu demi mengukuhkan kembali saf kepimpinan Wanita.


Beliau turut mengesahkan sudah menghantar borang pencalonan, namun tidak menyatakan tarikhnya.


Sementara itu, ditanya mengenai kriteria yang perlu dimiliki calon yang menawarkan diri bertanding jawatan terbabit, bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, sifat cekal dalam berdepan cabaran politik serta berwawasan jauh paling penting.


“Setiap calon mesti bersedia untuk terus berjuang dalam keadaan yang mencabar selaku pemimpin parti yang kini menjadi pembangkang.


“Keduanya, mereka perlu bersedia untuk mengambil pendekatan baru sesuai dengan keadaan semasa dan bersedia untuk mendengar suara orang bawah,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Azizah berkata, kriteria lain, seseorang pemimpin itu perlu sentiasa istiqamah dalam perjuangan politiknya parti untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.


“Saya juga menasihatkan setiap ahli parti supaya bertanding dalam semangat kekeluargaan untuk membolehkan parti UMNO bangkit semula. Insya-Allah,” katanya.


Difahamkan, setakat hari ini, hanya Azizah mengesahkan akan bertanding Ketua Wanita UMNO.


Pada 22 Mei lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemilihan parti peringkat cawangan diadakan 19 Mei hingga 10 Jun diikuti pemilihan ketua sayap (23 Jun) dan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO (30 Jun).


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel