Connect with us

Berita Lain

Pembatalan HSR Selamatkan Negara, Rakyat – DPMM Johor


JOHOR BAHRU — Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Johor
menyifatkan pembatalan projek mega Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala
Lumpur-Singapura sebagai langkah bijak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
dalam menyelamatkan rakyat dan kerajaan daripada menanggung hutang yang tinggi.
Yang Dipertuanya, Datuk Syed Ali Alattas berkata projek
dianggarkan bernilai RM100 bilion itu dikhuatiri hanya akan menjadi beban
kepada kerajaan selain merugikan rakyat terutamanya golongan berpendapatan
rendah dan sederhana.
“DPMM Johor menyokong penuh keputusan kerajaan kerana
kita melihat perkara ini hanya akan menambah hutang negara dan rakyat negara
kita sendiri akan menanggung akibatnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini kerana negara kita sudah mempunyai keperluan
infrastruktur dan perkhidmatan pengangkutan yang baik,” katanya ketika
ditemui pemberita di pejabatnya, di sini, hari ini.
Beliau berkata langkah itu juga menyelamatkan kerajaan
daripada membeli semula tanah-tanah swasta dan persendirian pada harga tinggi
yang terletak di kawasan hentian laluan HSR itu nanti.
“Dahulu, semasa pengumuman projek HSR dibuat, banyak
pemaju dan individu berpusu-pusu membeli tanah di kawasan-kawasan hentian HSR
seperti di Batu Pahat dan Muar pada harga rendah dengan harapan ia akan
melambung tinggi apabila projek HSR itu siap.
“Apabila siap, mereka akan menjual semula tanah pada harga
tinggi, jadi bila kerajaan mahu buat rumah mampu milik, rumah kos rendah dan
sederhana sudah tidak ada tanah untuk dibangunkan kerana semua telah
dibeli,” jelasnya.
Beliau berkata dengan pembatalan HSR berkenaan, hasrat
pemaju yang mahu mengaut keuntungan itu kini tidak kesampaian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Syed Ali berkata pembatalan HSR juga merupakan berita baik
kepada peniaga di Johor kerana rakyat Singapura akan terus berbelanja di negeri
ini dan tidak terus ke Kuala Lumpur.
“Jadi limpahan ekonomi itu ada sebab rakyat Singapura
berbelanja di Johor…kalau ada HSR mereka mungkin tidak singgah di Johor dan
terus ke Kuala Lumpur, akibatnya negeri kita pun mundur.
“Kita tidak boleh menafikan fakta kerana sekarang
pertumbuhan ekonomi negeri kita didorong oleh faktor rakyat Singapura yang
datang ke Johor dan berbelanja di sini,” katanya.
Pada 28 Mei lepas, Dr Mahathir mengumumkan pembatalan
perjanjian membina HSR kerana melihat ia tidak memberi manfaat selain tidak
menguntungkan.
Perkhidmatan kereta api itu yang dijangka beroperasi pada 31
Dis 2026 dapat mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura
kepada hanya 90 minit dengan kelajuan kereta api lebih 300 kilometer (km)
sejam.
Projek sepanjang 350km itu merangkumi lapan stesen iaitu
Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh di Melaka serta Muar, Batu
Pahat dan Iskandar Puteri di Johor serta stesen Jurong East di Singapura.
— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel