Connect with us

Berita Lain

Penjawat awam Melaka dapat RM1,000

KETUA Menteri, Adly Zahari umum bantuan khas RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber


LEBIH 5,000 penjawat awam di Melaka bakal mendapat bantuan khas berjumlah RM1,000 sempena sambutan Aidilfitri, tahun ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Menteri, Adly Zahari, berkata pembayaran bantuan itu akan dibuat dalam tempoh terdekat sebelum Aidilfitri pada 15 Jun depan.


“Pemberian bantuan ini akan meringankan beban penjawat awam di negeri ini dalam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri nanti.


“Ia (pembayaran RM1,000) akan dibuat sebelum Aidilfitri untuk semua penjawat awam,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Moreh Bersama Rakyat yang dihadiri Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Keris, Alor Gajah, malam tadi.


Lebih 3,000 penduduk hadir pada majlis yang turut dihadiri kepemimpinan PH negeri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Sementara itu, Adly turut mengumumkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara, Ayer Keroh bakal menjadi produk pelancongan terbaharu bagi Melaka.


“Selepas dibuka kepada rakyat, kira-kira 10,000 orang datang berkunjung termasuk pelancong dari China.


“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk tidak tinggal di sana (Seri Bendahara), sebaliknya menetap di rumah kerajaan di Peringgit,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel