Connect with us

Berita Lain

Skandal RM9.4b Babitkan 1MDB, Jho Low Dikesan


PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan mendedahkan menemui satu
lagi skandal daripada fail merah membabitkan nilai RM9.4 bilion yang dipercayai
mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan Jho Low.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata skandal itu
membabitkan syarikat Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER) yang mana
sudah membayar 88 peratus atau RM8.3 bilion walaupun hanya 13 peratus kerja
yang sudah siap dilakukan, lapor Berita Harian.
Katanya, SSER adalah anak syarikat milik penuh Kementerian
Kewangan yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016 bertujuan menjalankan dua projek berasingan
iaitu Multi Product Pipeline (MPP) dan Trans Sabah Gas Pipeline (TGPP) yang
diluluskan Kabinet pada 27 Julai 2016.
“Kontrak kedua-dua projek ini diberikan kepada China
Petroleum Pipeline Bureau (CPPB) pada 1 November 2016.
“Setakat ini, sebanyak RM8.25 bilion atau 88 peratus
daripada keseluruhan nilai projek sudah dibayar kepada CPPB walaupun hanya 13
peratus kemajuan projek direkodkan,” katanya pada sidang media di
Kementerian Kewangan di sini, sebentar tadi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel