Connect with us

Berita Lain

1998 Tak Akan Berulang, Dr Mahathir Dan Anwar Sudah Berubah – Kit Siang


KEDUA-DUANYA bercita-cita tinggi dan penuh luka pertempuran
silam.
Kedua-duanya dikelilingi oleh penyokong yang tak sabar dan
saling mencurigai. 
Kali terakhir gabungan mereka menjadi perdana menteri dan
timbalan perdana menteri, pengakhirannya tercatat sebagai salah satu kejelikan
terburuk dalam sejarah politik Malaysia.
Pengkritik percaya yang negara sebenarnya sedang menghitung
waktu sebelum sengketa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim tercetus
sekali lagi, yang akan memperorak-perandakan kerajaan baru terbentuk, Pakatan
Harapan dan mengheret negara ke dalam kemelut perebutan kuasa.

Lim Kit Siang juga ada mendengar cakap-cakap sebegitu, tetapi
kali ini beliau meletakkan taruhan yang kemelut tidak akan berlaku.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Veteran DAP itu mengatakan kedua-dua pemimpin dan pemimpin
kanan negara yang lain dalam PH sudah berubah dan gabungan parti di dalamnya
sebenarnya lebih kukuh berbanding yang terzahir.
Masa dan persekitaran negara sebelum Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) yang bersejarah telah mengubah Dr Mahathir dan Anwar, kata Lim.
“Saya rasa kami semua sudah berubah. (Dr) Mahathir, Anwar
dan semua pemain utama dalam Pakatan Harapan sudah belajar tentang kehidupan
untuk jadi orang yang lebih baik dan jadi pemimpin Malaysia yang lebih
sensitif, lebih wajar dan lebih baik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Dua puluh tahun lalu, Anwar dan Dr Mahathir adalah musuh
ketat dalam Umno walaupun mereka masing-masing memegang jawatan nombor satu dan
kedua parti itu. Bukan lagi satu rahsia yang kedua-duanya cuba menundukkan satu
sama lain dalam permainan kuasa dalaman parti.
Kemelut sampai ke kemuncak apabila Anwar dipecat daripada
kerajaan, Umno dan akhirnya dipenjarakan sehingga mencetuskan gerakan Reformasi
pada 1998.
Kurang dua dekad kemudian, Dr Mahathir dan Anwar kembali
berbaik dan bersatu dengan pemimpin PH yang lain untuk menyingkirkan Najib
Razak dan Barisan Nasional.
“Saya percaya (Dr) Mahathir sekarang sangat berbeza dengan
(Dr) Mahathir yang jadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun daripada
1981-2003,” katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Berikut adalah petikan wawancara tersebut:
TMI: Apa yang mengejutkan tuan tentang PRU14?
Lim: Saya sebenarnya tak menjangkakan yang Pakatan Harapan
menang kerajaan persekutuan dan lapan kerajaan negeri- bukan sekadar
mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor, tetapi juga menang di Kedah, Perak,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah bersama Warisan Sabah.
Ada dua kemungkinan wujudnya perubahan politik dalam PRU14
jika dua syarat dipenuhi: pertama, kadar keluar mengundi dan sokongan pengundi
di kawasan bandar dan separa bandar kekal atau meningkat bagi memastikan
berulangnya tsunami politik kawasan bandar dan separa bandar seperti mana
Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013; dan kedua terjadinya tsunami luar bandar atau
tsunami Melayu.
Walaupun sindrom sangkal realiti yang ada pada Najib terus
wujud sehingga hujung kempen pilihan raya yang tidak mahu menerima adanya
tsunami Melayu, terdapat petanda jelas kebangkitan perubahan politik dalam
kalangan pengundi Melayu di kawasan luar bandar, tetapi saya tak pasti sekuat
mana gelombang itu pada hari pengundian.
TMI: Namakan satu peristiwa paling bermakna PRU14
Lim: Tidak ada satu keadaan “eureka” yang wujud, kerana
persoalan yang bermain dalam fikiran setiap orang yang berkumpul di Hotel
Sheraton di Petaling Jaya pada malam keputusan adalah, adakah akan wujud Parlimen
tergantung atau Pakatan Harapan akan menang majoriti mudah dengan
sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen
Ambiga Sreenivasan, bersama ramai lagi pemimpin NGO lain
yang turut berkumpul di Hotel Sheraton, bertanya mengapa (Dr) Mahathir tak
boleh umum lagi yang Pakatan Harapan telah menang. Tetapi, saya beritahu dia
yang pemimpin Pakatan Harapan sendiri perlu kepastian yang kami sudah melepasi
nombor ajaib iaitu lebih 112 kerusi.
“Siapa sebenarnya yang jangka Pakatan Harapan akan menang
Pilihan Raya Umum ke-14? Semua orang, penganalisis politik dan pengundian
menjangkakan Umno-Barisan Nasional akan menang mudah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Malah, Najib Razak sendiri akan rasa bukan sahaja akan
menang, tetapi akan mengekalkan majoriti dua pertiga Parlimen yang tidak
dicapai Umno-Barisan Nasional pada dua pilihan raya sebelum ini.
Kalau ditenung balik, sangat jelas yang Najib tak buat
sebarang rancangan lain sebab dia hidup dalam kepompongnya sendiri, dipenuhi
dengan pakar strategis dan penasihat yang mahal gajinya.
TMI: Tuan sudah bekerja dengan Dr Mahathir sejak tiga tahun
lepas? Adakah dia sudah berubah dan adakah Malaysia berada di tangan mereka
yang boleh dipercayai?
Lim: Saya percaya (Dr) Mahathir sekarang sangat jauh berbeza
dengan (Dr) Mahathir yang jadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun
daripada 1981-2003. Beliau berubah daripada seorang ‘hegemon’ kepada pembuat
konsensus.
Saya percaya yang Malaysia dalam situasi yang baik di bawah
(Dr) Mahathir dan Pakatan Harapan. Sekarang, kita ada peluang kedua untuk
menjadi Malaysia Baharu di mana kita boleh tunjuk kepada dunia Malaysia yang
berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya boleh jadi Malaysia yang berjaya,
bersatu, progresif dan makmur dan tidak lagi ke arah negara yang gagal,
penyangak dan kleptokratik.

Sumber: The Malaysian Insight

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel