Connect with us

Berita Lain

“Mengapa Saya Perlu Merangkak Jumpa Tun M?”


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih merupakan orang
yang sama walaupun kembali menerajui Kerajaan buat kali kedua di bawah parti
yang berlainan, kata Tengku Razaleigh Hamzah.
Veteran Umno yang lebih mesra dikenali sebagai Ku Li
berkata, Dr Mahathir tidak pernah berubah dan kekal sama seperti 23 tahun lalu.
“Beliau masih sama, cuma dalam baju yang berbeza.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau seperti 23 tahun yang lalu, beliau seperti itu
22 tahun yang lalu, saya rasa beliau macam itu sekarang,” katanya secara
berseloroh.
Mengenai sama ada Dr Mahathir tidak lagi menjadi diktator,
Tengku Razaleigh berkata, “Lihat sahaja barisan parti yang ditubuhkan
hanya beberapa tahun lalu, tetapi mengetuai kerajaan di Kedah, Perak, Johor dan
di tempat-tempat lain, dan lihat jumlah kerusi mereka dalam kabinet.”
Mengenai pertemuan Naib Presiden Umno yang memangku
tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Dr
Mahathir baru-baru ini, Tengku Razaleigh berkata, ramai bertanya mengapa Ahli
Parlimen Bagan Datuk itu berbuat demikian.
“Saya tidak boleh mengulas mengenainya, terpulang
kepada dia (Zahid),” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Bagaimanapun ketika ditanya sama ada beliau akan berjumpa
dengan Dr Mahathir sekiranya menjadi presiden parti sementara, Tengku Razaleigh
berkata, “Mengapa saya perlu jika saya mengetuai parti lain yang tidak
disokongnya? Dia meninggalkan parti kami. Mengapa saya perlu ‘merangkak’
kepadanya? “

– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel