Connect with us

Berita Lain

Tergamak ibu buang saya dalam mangkuk tandas

Bayi lelaki seberat 2.6 kilogram ditemui didalam mangku tandas di Hentian Rehat dan Rawat arah Utara dekat Rawang disini semalam. FOTO Ihsan pembaca



BAYI lelaki seberat kira-kira 2.6 kilogram ditemui dalam keadaan lemah di dalam mangkuk tandas di stesen minyak Hentian Rewat dan Rawat Arah Utara dekat Rawang, 9.30 malam tadi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi lelaki berkenaan ditemui oleh penyelia pembersihan di dalam tandas wanita ketika ingin melakukan kerja pembersihan.


“Bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui bersama uri yang dibungkus dengan kain batik.


“Ketika ditemui bayi berkenaan sedar dan menangis. Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan,” katanya.


Ali berkata, bayi lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan pada bahagian badan dan kelihatan sempurna.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Doktor tidak dapat mengesahkan bangsa bayi berkenaan, namun pihak polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel