Connect with us

Berita Lain

Pemimpin Pemuda BERSATU Nafi Kutip Bayaran Bazar Lebih RM3,000



Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bukit Bintang Mohd Noorhisyam Abdul Karim menafikan tuduhan mengambil wang daripada peniaga bazar di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur dan sedang mempertimbangkan untuk membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Melalui panggilan telefon kepadaMalaysiakini, Mohd Noorhisyam berkata dia hanya mengutip sewa sebanyak RM6,238 seperti yang dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi bayaran lesen, pembersihan dan sewa untuk lot tapak-tapak bazar berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya kutip (bayaran) cukup-cukup. Jika ada bukti saya terima duit, minta duit, kemukakan,” katanya.
Mohd Noorhisyam berkata, satu-satunya bayaran lain yang dikenakan kepada peniaga adalah yang dibayar kepada anggota exco Pemuda BERSATU yang menyewakan kanopi.
Tambah Mohd Noorhisyam, dia tidak tahu berapa banyak bayaran dikenakan bagi kanopi berkenaan.
“Kita tak kutip duit apa-apa (bayaran lain) daripada peniaga. Kalau ada, itu bukan kita )BERSATU Bukit Bintang),” katanya.
Ketua Pemuda BERSATU Bukit Bintang itu sebelum ini didakwa mengutip sehingga RM5,000 daripada setiap peniaga yang mahu berniaga di bazar berkenaan.
Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan yang dibuat Malaysiakini dengan menemui peniaga bazar di sekitar Masjid India berkata mereka membayar sewa sekurang-kurangnya RM3,000.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Diminta mengulas dakwaan itu, Mohd Noorhisyam berkata “mungkin peniaga keliru” bayaran bazar itu dengan bayaran membuka gerai di pasar malam pada hari Sabtu di kawasan sama.
“Seorang peniaga memberitahu saya dia terpaksa bayar RM2,500 hanya untuk berniaga dua kali Sabtu (dua minggu, untuk setiap hari Sabtu) di pasar malam itu.
“Saya takut perkara ini dikaitkan dengan tapak saya. Saya harap benda ini tak berlaku,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohd Noorhisyam berkata dia hanya mahu membantu peniaga yang tidak dapat menyewa bazar daripada DBKL sempena Aidilfitri.
“Saya terkilan apabila saya cuma nak bantu tapi ini yang terjadi,” katanya.
– Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel