Connect with us

Berita Lain

Polis cari Epu

LAPORAN Harian Metro berkenaan empat ahli ‘Geng Epu’ ditahan bersama empat motosikal curi dalam serbuan berasingan di Pasir Mas menerusi Ops Lejang, pada bulan lalu. Gambar kecil, ketua kumpulan ‘Geng Epu’, Mohamad Shamsul Bahari Kamarudin yang sedang diburu. Foto IHSAN PDRM



POLIS sedang giat memburu ketua kumpulan ‘Geng Epu’ yang dikenali sebagai Epu atau Mohamad Shamsul Bahari Kamarudin, 22, bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian motosikal yang dilaporkan berlaku di Kota Bharu, sebulan lalu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek, diminta melaporkan segera di balai polis berdekatan.


“Kita sudah pergi ke rumahnya di Kampung Chabang Empat, Tumpat, tetapi suspek melarikan diri.


“Polis tidak menolak kemungkinan suspek masih berada di negeri ini dan gerakan memburu sedang giat dilakukan.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek supaya melaporkan segera di balai polis berdekatan,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.


Menurutnya, siasatan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkait Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Suspek juga pernah ditangkap dan dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kereta dan motosikal,” katanya.


Harian Metro sebelum ini melaporkan empat ahli ‘Geng Epu’ ditahan bersama empat motosikal curi dalam serbuan berasingan di Pasir Mas menerusi Ops Lejang, pada bulan lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Semua suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun ditahan pada 26 dan 30 Mei lalu, menerusi Ops Lejang.


Dalam operasi itu motosikal jenis Yamaha Ego dan Yamaha 135C yang dilaporkan hilang di Kota Bharu dan Tumpat turut ditemui.


-mymetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel