Connect with us

Berita Lain

Hanya Tukang Masak Tempatan Dibenarkan Tahun Depan


KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia menggesa semua
restoran di negara ini mengambil tukang masak tempatan untuk bekerja di
restoran masing-masing mulai 1 Julai ini.
Menterinya, M. Kulasegaran berkata, bagaimanapun semua
pengusaha akan diberi tempoh hingga hujung tahun ini untuk memastikan hanya
tukang masak tempatan sahaja bekerja di restoran mereka dan peraturan baharu
itu akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2019.
“Kami mahukan orang tempatan diambil bekerja sebagai tukang
masak. Tiada kompromi…kami beri masa hingga 31 Disember untuk berbuat
demikian. Jika gagal, kami tidak dapat bantu lagi,” katanya ketika menjadi
tetamu jemputan Bernama News Channel di sini, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sebelum itu, beliau mengadakan perjumpaan dengan anggota
Persatuan Pengusaha Restoran India (Prisma) di Petaling Jaya dekat sini.
Katanya, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan
PRISMA serta Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim (Presma) dalam masa
terdekat untuk membincangkan pelaksanaan tukang masak tempatan di restoran.
Kula Segaran berkata, langkah ini dapat mengurangkan
kebergantungan restoran tempatan terhadap pekerja asing, sekali gus menjaga
kualiti makanan tempatan.
Beliau berkata, tindakan kementeriannya ini selari dengan
langkah yang diamalkan kerajaan negeri Pulau Pinang, yang melarang warga asing
menjadi tukang masak di kedai makan, restoran dan juga gerai sekitar pulau itu
sejak 2014 dalam usaha memelihara warisan makanan negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas kenyataan Kulasegaran itu, Presiden Prisma, P.
Muthusamy berkata, keputusan itu agak mengejutkan dan bakal memberi implikasi
besar kepada pengusaha.
“Sejak beberapa tahun lalu, kita menghadapi masalah
mendapatkan tenaga kerja. Malah lebih 500 restoran ditutup sejak beberapa tahun
lepas kerana kekurangan pekerja,” katanya.
Muthusamy berharap, kementerian akan mengadakan perbincangan
lanjut dengan pengusaha kedai makanan di seluruh negara sebelum melaksanakan
keputusan itu.
Presiden Presma, Ayub Khan pula berkata, masalah pekerja di
restoran semakin ketara kerana tidak ada pekerja tempatan yang mahu bekerja di
restoran.
“Kami buat iklan, sanggup bayar gaji hingga RM2,500 pun
orang tak nak datang (bekerja). Bukan senang (mahu) cari orang tempatan bekerja
di restoran,” katanya.
– BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel