Connect with us

Berita Lain

Najib Tidak Salahkan Lembaga 1MDB Untuk Skandal

Foto: Reuters



Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menafikan
menyalahkan lembaga 1MDB atas ketirisan dana pelaburan itu.

Beliau menjelaskan mana-mana lembaga mempunyai kewajipan
untuk bertindak demi kepentingan terbaik dan oleh itu, lembaga 1MDB mempunyai
tugas dan tanggungjawab untuk memberi nasihat kepadanya mengenai pelaksanaan
dana pelaburan.

Kenyataan itu di buat ketika wawancara bersama agensi berita
Reuters ketika beliau bercuti ke Langkawi baru-baru ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurut laporan Sinar Harian, jurucakap bekas perdana menteri itu berkata, Najib akan
membuat penjelasan lanjut mengenai perkara itu pada masa yang sesuai.
Najib sebelum ini dilaporkan berkata, beliau tidak
sepatutnya dipersalahkan kerana skandal 1MDB yang melibatkan berbilion dolar
dan mengisytiharkan beliau tidak tahu apa-apa tentang wang daripada dana yang
muncul dalam akaun peribadinya.

Bercakap kepada Reuters dalam temu bual pertama beliau sejak
kekalahan 9 Mei, Najib dilaporkan berkata, penasihatnya dan pihak pengurusan
dan lembaga 1MDB telah memalsukan dakwaan penggelapan dana rahsia daripadanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Reuters
pada hari Selasa (19 Jun) bahawa pihak berkuasa mempunyai “kes yang hampir
sempurna” terhadap Najib atas tuduhan penggelapan, penyelewengan dan
rasuah yang dikaitkan dengan 1MDB.
Najib bagaimanapun konsisten menafikan sebarang salah laku
dalam 1MDB. Beliau berkata AS$681 juta (RM2.72 bilion) dipindahkan ke akaun
bank peribadinya adalah derma dari Arab Saudi dan bukan kerana tindakan
undang-undang AS telah mendakwa dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel