Connect with us

Berita Lain

Henti Fitnah, Tumpu Pembangunan – Jamil Khir

Foto: The SunDaily

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil
Khir Baharom menegur kepimpinan kerajaan baharu agar tidak terlalu menumpukan
kepada kes skandal rasuah bekas perdana menteri yang sengaja diwujudkan
sehingga mengganggu proses menunaikan janji kepada rakyat.
Jamil Khir yang menang tanpa bertanding sebagai Ketua Umno
Bahagian Jerai berkata kerajaan Harapan seharusnya lebih bijak mengatur langkah
dalam menunaikan segala janji yang dilontarkan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, sudah 45 hari kerajaan baharu diwujudkan namun
barisan kabinet belum dilantik sepenuhnya.
“Laksanakan kesemua janji yang ditabur kepada rakyat sebelum
PRU14 lalu kerana rakyat masih menunggu,” katanya ketika berucap dalam
perasmian persidangan pergerakan Wanita Umno Bahagian Jerai di Command Centre,
Gurun, siang tadi.
Menurut Jamil Khir, kerajaan terlalu sibuk menyiasat
berkaitan kes fitnah Najib sehinggakan beg pakaian Najib dan isteri bercuti ke
Langkawi juga turut dijadikan isu.
“Kalau ada kesalahan Najib tentang 1MDB, kes Altantuya atau
skandal-skandal lain bawalah dia ke mahkamah sebab di sana tempat penentuan
kebenaran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Namun sehingga kini mereka gagal melakukan sebarang pertuduhan
di dalam mahkamah,” katanya.
Jamil Khir berkata, kerajaan perlu merancang pembangunan
ekonomi dengan baik kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.
“Janji pada rakyat harga minyak RM1.50 sekiranya mereka
menang PRU14 namun sehingga kini harga masih sama seperti sebelum ini,”
ujarnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel