Connect with us

Berita Lain

Sukar Pulihkan UMNO Jika ‘Orang Najib’ Kekal Dalam Parti – Calon Ketua Pemuda


KUALA LUMPUR: Sukar untuk UMNO pulih sepenuhnya sekiranya
mereka yang ‘bersekongkol’ dengan bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak
ingin terus kekal dalam parti, kata calon Ketua Pemuda Syed Rosli Jamalullail
Syed Harman hari ini.
Katanya, individu yang dikaitkan dengan pelbagai isu
sepatutnya melakukan tindakan bertanggungjawab dengan tidak menawarkan diri
bertanding lagi, contohnya seperti Naib Presiden Datuk Seri Hishammuddin
Hussein.
Ini katanya, demi memberi peluang kepada muka baharu yang
bersih untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Menurutnya, untuk menjadi parti pembangkang yang dihormati
dan dipercayai rakyat, UMNO memerlukan barisan kepimpinan yang berintergriti
dan mempunyai kredibiliti.
“Jika tidak Umno akan kekal sebagai pembangkang buat
jangka masa yang lama,” kata Syed Rosli dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengambil contoh persaingan jawatan Ketua Pemuda UMNO
yang menyaksikan tiga calon yang memegang jawatan dalam kerajaan dan struktur
kepimpinan parti sebelum ini.
Mereka ialah Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang pernah
menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Naib Ketua Pemuda Khairul
Azwan Harun yang juga dilantik menjadi Senator dalam Dewan Negara, serta Ketua
Pemuda UMNO Pahang Shahar Abdullah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Mereka ini adalah antara yang mendiamkan diri ketika
skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang
melibatkan Najib.
“Dengan itu sudah pasti mereka juga adalah liabiliti
kepada UMNO,” kata Syed Rosli.

Beliau merupakan salah seorang daripada sembilan calon yang
akan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dalam pemilihan parti.
Selain Syed Rosli, Khairul Azwan, Shahar dan Asyraf, lima
calon yang lain adalah Abdul Razak Mohamed Yusof, Imbran Afham Armen, Mohd Nor
Izzat Mohd Johari, Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan dan Ketua UMNO Sungai Besar
Datuk Seri Jamal Yunos.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel