Connect with us

Berita Lain

Mas Ermieyati Umum Keluar Umno


Bekas ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati
Samsudin telah mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai
anggota parlimen bebas.

Menurut satu kenyataan, beliau mengatakan tindakannya itu dibuat seikhlas hati tanpa ada mana-mana
paksaan atau ancaman selain mahu menjadi pembangkang yang menegur kerajaan
tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.

Berikut kenyataan penuh beliau:-

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

1. Saya menyertai UMNO kerana ia adalah satu-satunya parti
yang diharapkan oleh orang-orang Melayu sebagai landasan dan pentas untuk
mereka berjuang membela agama bangsa dan negara secara harmoni bersama
bangsa-bangsa yang lain.
2. 30 Jun 2018 adalah tarikh di mana semua ahli UMNO
menentukan halatuju baru. Di sini kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap
sebenar ahli UMNO yang masih dalam sindrom penafian.
3. Harapan untuk melihat mereka memilih sekurang-kurangnya
70% muka baru yang berwibawa di pelbagai peringkat tidak kesampaian.
4. Saya turut percaya kepimpinan sedia ada masih enggan
menerima kenyataan bahawa rakyat telah menolak UMNO, sebaliknya mereka
beranggapan UMNO hanyalah mangsa kebencian rakyat kepada Dato Seri Najib
semata-mata. Skandal 1MDB telah membuatkan rakyat Malaysia mempersendakan UMNO.
5. Pemulihan apakah ini, kalau virus masih dibiar berleluasa
dan ubat terlalu pahit untuk ditelan?
6. Ikhlas saya katakan UMNO kebelakangan ini telah
tergelincir dari landasan asal hingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

7. Justeru, setelah memikirkan secara serius dan tuntas,
tibalah masanya untuk saya melangkah ke hadapan dengan memfokuskan khidmat saya
sebagai Ahli Parlimen Masjid Tanah, berbahas dan berhujah di parlimen demi
menjaga hal ehwal kebajikan dan pembangunan yang sewajarnya untuk dinikmati
oleh para pengundi saya dan menyuarakan hak-hak rakyat Masjid Tanah seadanya,
melindungi hak-hak rakyat Malaysia serata sebagai ahli dewan yang efektif serta
menjadi AHLI DEWAN RAKYAT YANG BEBAS melangkaui sempadan keterbatasan sebagai
ahli mana-mana parti yang pastinya mengikat di sana sini.
8. Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas
hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada
parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi AHLI
PARLIMEN BEBAS bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli
parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “Check
and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan PH tanpa terikat
dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti. “Power corrupts and
absolute power corrupts absolutely” dan berlandaskan latar belakang saya
sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat
Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh Parlimen yang efektif. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel