Connect with us

Berita Lain

Hakim Dengar Kes Najib Dipilih Secara Rawak


KUALA LUMPUR – Pemilihan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd
Sofian Abd Razak untuk mendengar kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak yang didakwa atas tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa, dibuat secara
rawak.
Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan dalam
kenyataan media hari ini berkata mulai 13 Jun 2017, pendaftaran kes jenayah di
Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur telah dilaksanakan secara
dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah (https://efs.kehakiman.gov.my).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ia berkata, proses pendaftaran ini bermula apabila pihak
Pendakwa Raya memfailkan kes mereka di dalam sistem e-Filing dan sistem ini
akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes
jenayah.
“Merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Dato’ Sri Najib bin
Haji Abd Razak yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4
Julai 2018, pendaftaran dan pembahagian kes telah dibuat secara rawak oleh
sistem kepada Mahkamah Tinggi 3, Bahagian Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur,” kata kenyataan itu.
Hakim Mahkamah Tinggi 3 ialah Hakim Mohd Sofian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada Rabu, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan
Hakim Mohd Sofian atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalah guna
kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu
menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd
Sofian mempunyai kedudukan dalam Umno dan kerajaan Pahang.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel