Connect with us

Berita Lain

Dua termasuk budak lelaki maut, hajat jemput kakak di UiTM Dungun tidak kesampaian


DUNGUN – Dua termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 11
tahun maut selepas kereta Proton Wira yang dinaiki mereka terlibat dalam
kemalangan di Kilometer 334.3, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran
susur keluar Plaza Tol Paka dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 11.40 pagi tersebut, Syed Namirun
Putra Syed Khairul Hissham, 11, dan kawan bapanya,  Mohamad Nor Mohammad, 28, meninggal dunia di
lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota
badan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Memetik laporan Kosmo, bapanya Syed Namirun Putra, Syed Khairul Hissham Md. Akhir, 45,
yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan pula mengalami kecederaan
parah.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superitendan Baharudin Abdullah
berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anak
sulung Syed Khairul Hissham, Syarifah Filzatun Athirah, 20, di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) Dungun dari Felda Karatong, Bandar Tun Razak, Pahang.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira
yang dipandu Mohamad Nor tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke tepi
lebuh raya sehingga menyebabkannya berpusing beberapa kali.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Impak daripada kemalangan itu menyebabkan pemandu,
Mohamad Nor dan Syed Namirun Putra yang duduk di tempat duduk belakang
tercampak keluar sejauh beberapa meter,” katanya kepada Kosmo! di sini
hari ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel