Connect with us

Berita Lain

Akaun Najib Tidak Lagi Dibekukan?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
perlu membuat hebahan kepada umum memaklumkan jika benar akaun bank peribadi
bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi dibekukan.
Pengerusi Sekretariat Datuk Seri Najib, Datuk Mohd Razlan
Rafii dalam satu kenyataannya mempersoalkan mengapa masih tiada pengumuman
rasmi daripada SPRM sedangkan isu pembekuan akaun Najib diberi publisiti
besar-besaran sebelum ini.
Menurutnya, SPRM dan polis bertindak seolah-olah Najib sudah
dijatuhkan hukuman sedangkan perbicaraan kes beliau belum lagi bermula.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pihak berkuasa yang bekerja dengan kerajaan perlu bebas
melaksanakan tanggungjawab mereka dan jangan ada rasa takut dengan kerajaan.
Tindakan terhadap mantan perdana menteri adalah satu bentuk tekanan politik
yang berlebihan.
“SPRM dan Polis bertindak seumpama sudah menghukum sebelum
mahkamah menjatuhkan hukuman. Kita tidak mahu ada tangan-tangan ghaib yang
mengarahkan tindakan pembekuan akaun ini walaupun tidak ada punca dan sebab
untuk melakukan tindakan sedemikian,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Beliau dipercayai mengulas laporan berita sebuah portal
mendakwa SPRM tidak lagi membekukan akaun Najib bermula semalam dan tindakan
itu dilakukan secara senyap-senyap.
Memetik laporan Free Malaysia Today, sumber rapat kepada
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa akaun tersebut tiada kena mengena dengan
politik dan tiada kaitan dengan sisasatan dijalankan pihak berkuasa terhadap
Najib.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam pada itu, Razlan juga meminta pihak berkuasa memberi
penjelasan terhadap tindakan mereka dan perlu memberi jaminan agar tiada lagi
akaun dibekukan selepas ini tanpa mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP)
ditetapkan.
“Apabila dimaklumkan akaun peribadi Najib sudah dilepaskan
daripada pembekuan, ini menunjukkan bahawa tindakan SPRM mengarahkan Bank
Negara untuk membekukan akaun adalah salah dan tidak mengikut peraturan.
“Sebenarnya, saya menerima banyak pesanan daripada pelbagai
pihak yang mahu terus membantu Najib dalam menguruskan kehidupannya. Cerita
anak beliau menghidap kanser juga menimbulkan rasa simpati rakyat,” katanya.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel