Connect with us

Berita Lain

“Bukalah Biji Mata Tu Sikit!” – Chef Wan


Tindakan segelintir individu yang sanggup mendermakan barang
kemas mereka untuk Tabung Solidariti Bebaskan Najib baru-baru ini mendapat
perhatian chef terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Dalam posting terbaharunya di Instagram, beliau yang memuat
naik gambar anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohd
Nazifuddin menyaksikan Piala Dunia di Moscow, Rusia, seolah-olah mempersoalkan
kewajaran rakyat Malaysia berbuat demikian.
Dengan perkongsian gambar tersebut, beliau menggesa rakyat
Malaysia supaya ‘buka mata’ terhadap individu yang mereka bantu.
“Helloo buka la biji mata tu sikit! Dalam tak ada duit
dan macam-macam alasan lagi, lihat siapa di Piala Dunia. Ada dengar sampai sanggup
gadai barang kemas untuk membantu bekas PM kita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kenapa tak jual rumah mereka terus dan tambahkan lagi?
Mereka lupa ke dengan barang kemas banyak yang tak terpakai boleh pula nak
tambah lagi Lubnan?
“Keluarga sama jugalah yang suruh kita cekek kangkong,
beli tiga macam kuih dan beli dua baju raya ke nak kena berjimat konon ketika
mereka menikmati kehidupan mewah,” katanya.
Chef Wan dalam postingnya itu menyatakan pandangannya bahawa
orang ramai sepatutnya menderma bagi mengurangkan beban hutang negara dan
membantu golongan yang lebih memerlukan.
“Ini tak orang yang berbakul berbakul simpan barang
kemas dan duit seumpama sampah dalam bilik tu pula yang kita nak selamatkan.


Pada masa sama beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia
bahawa hak memilik kerajaan terletak di tangan rakyat di sebuah negara
demokrasi.
“Sememangnya tidak semua kita termakan budi sampaikan
ahli politik menyalahgunakan kedudukan mereka, kita masih perlu menutup sebelah
mata dan hidup dalam penafian.
“Jangan lupa setiap ahli politik berkhidmat di negara
ini pun mempunyai faedah istimewa dan kemewahan dalam hidup. Bukanlah mereka
ini berkorban untuk kita dan hidup mereka ini merempat pun.
“Janganlah bangkitkan isu konon hanya kerana hari ini
kita tidak menyokong mereka-mereka ini membuta tuli, tidak seperti segelintir
pihak tiba-tiba kita dilabel manusia yang kenang jasalah pula!.
“Jadi apa maksud itu. Mereka tidak boleh
disentuh?,” soalnya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Chef Wan turut memberi amaran kepada kerajaan Pakatan
Harapan bahawa mereka akan mengalami nasib sama seperti parti Umno jika tidak
berkhidmat dengan baik dan jujur.
“Pada pilihan raya akan datang walaupun dalam Pakatan
jika ada menteri yang tak boleh perform, maka mereka juga perlu letak jawatan!
“Saya tak peduli parti mana pun mewakili negara selagi
kita mempunyai pemimpin yang baik dan jujur untuk memimpin kita tanpa apa
bangsa sekali pun!
“Kita semua rakyat Malaysia dan mempunyai hak
perlembagaan kita. Hari ini tidak membentuk Malaysia baharu. Alhamdulillah,”
katanya.
Awal bulan ini, Tabung Solidariti Bebaskan Najib diwujudkan
Umno bagi melangsaikan baki wang jaminan RM500,000 yang ditetapkan Mahkamah
Tinggi terhadap bekas perdana menteri itu.
Malah, Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang
turut menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung
itu.
Zaleha berkata dia mengambil pendekatan itu bagi mengikut
jejak langkah kumpulan wanita zaman dahulu yang sanggup mendermakan barang
kemas mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.
Najib menghadapi tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan
satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn
Bhd berjumlah RM42 juta. 
– mStar Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel