Connect with us

Berita Lain

Digelar Pedofilia, Pakar Gua Britain Pertimbang Saman Elon Musk

NEW YORK — Seorang pakar gua Britain yang membantu usaha
menyelamat 12 remaja lelaki dan jurulatih bola sepak mereka di Thailand yang
terperangkap di gua Tham Luang, sedang menimbang untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap Elon Musk selepas jutawan Amerika Syarikat itu
menggelarnya sebagai seorang “pedofilia,” lapor agensi berita China
Xinhua memetik laporan badan penyiaran Amerika Syarikat CNN.
“Saya percaya beliau menggelarkan saya sebagai seorang
pedofilia. Baiklah, (jika ia) berdasarkan definisi menyelamatkan 12 remaja
lelaki… ia meletakkan semua orang dalam konteks yang sama,” kata Vern
Unsworth, seorang pakar gua yang berpangkalan di Thailand pada Isnin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Musk adalah Ketua Pegawai Eksekutif beberpa syarikat
teknologi Amerika Syarikat, termasuk SpaceX dan Tesla.
Ciapannya berhubung perkara itu, yang kini telah dipadamkan,
telah dihantar kepada pengikut beliau berjumlah 22 juta orang.
Ciapan itu dibuat selepas Unsworth menyifatkan kapal selam
mini Musk, yang sepatutnya digunakan dalam operasi menyelamat namun gagal
membantu, sebagai “aksi PR.”
Musk tidak memberikan sebarang bukti berhubung dakwaannya
dan hanya mendiamkan diri selepas dituduh telah berlaku tidak adil kepada
Unsworth oleh pengguna Twitter.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau turut menyatakan dalam satu lagi ciapan yang kini
sudah dipadam: “Bet ya, a signed dollar it’s true.”
Semasa usaha menyelamat, Unsworth menyediakan pengetahuan
berhubung sistem gua Tham Luang di mana 12 pemain bola sepak remaja dan
jurulatih mereka terperangkap selama 18 hari sebelum mereka diselamatkan pada
awal minggu lepas.
— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel