Connect with us

Berita Lain

Papagomo Pertahan Tindakan Khairy Tidak Boikot

Walau pemimpin kanan Umno mula mempertikai Khairy
Jamaluddin, seorang penulis blog parti itu yang popular membelanya.
Bekas presidennya Datuk Seri Najib Razak semalam dan
setiausaha agung Tan Sri Annuar Musa hari ini mempersoal tindakannya tidak
menyertai boikot ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS.
Namun Wan Muhammad Azri Wan Deris, penulis blog Papagomo,
setuju dengan bekas ketua Pemuda Umno itu, menyifatkan boikot itu “sarkas”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tindakan Khairy dan Datuk Seri Anifah Aman adalah tepat dan
betul …,” katanya dalam kenyataan yang pedas.
“Rakyat mahukan pembangkang yang berwibawa dan bukan
pembangkang sarkas seperti sebelum ini.”
Wan Muhammad Azri menyifatkan tindakan pembangkang dahulu,
yang kini menguasai Putrajaya, “membuat kerja bodoh” dengan siri bantahan
mereka.
“Buatlah apa cara sekalipun, kerajaan [Pakatan Harapan] akan
tetap menjalankan pelantikan itu tanpa rasa bersalah walau melanggar
perlembagaan.”
Dua bekas menteri itu tidak menyertai bantahan pelantikan
yang dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof pada majlis angkat sumpah
semalam.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Najib, ahli parlimen Pekan, menggesa dua ahli parlimen itu
menjelaskan alasan tidak menyertai tindakan mereka.
Sementara Annuar menyindir Khairy di Twitter: “Pembangkang
yang wibawa itu yang bertindak seorang diri, yang tidak hadir mesyuarat
prasidang.”
Sementara itu, lapor Bernama pula, Khairy sekali lagi
mempertahankan tindakannya itu walau dianggap tidak setia kepada parti.
“Tentulah tidak… saya akan setia dengan parti saya,”
katanya ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam beliau menjelaskan tindakannya itu demi “menghormati
majlis” dan keluar dewan bukan sesuai menyatakan bantahan.

– Projek MM

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel