Connect with us

Berita Lain

Zahid sedia disiasat kes penipuan pekerja Nepal



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada  Isnin menafikan pembabitannya dalam syarikat Bestinet Sdn Bhd yang dilaporkan melakukan penipuan pengambilan pekerja dari Nepal, serta bersedia disiasat.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata syarikat tersebut bukan miliknya atau anggota keluarganya dan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam  syarikat berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Sila kemukakan bukti jika saya terlibat atau ada salah menggunakan kuasa atau mana-mana anggota keluarga saya yang terlibat…. saya sedia berdepan (siasatan),” katanya ketika ditemui pemberita  di lobi bangunan Parlimen di sini.


Presiden Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita yang mendakwa Bestinet dimiliki oleh adik iparnya iaitu Amin Abdul Nor yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerja dari Nepal.


Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berkata beliau tidak mempunyai  anggota keluarga bernama Amin Abdul Nor seperti yang didakwa.


“Orang Bangladesh la Amin tu, saya tidak mempunyai adik ipar bernama Amin.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



“Saya  difahamkan syarikat itu telah memulakan perniagaan sebelum saya masuk (menyertai) Kementerian Dalam Negeri lagi,” katanya. – Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel