Connect with us

Berita Lain

‘Kempen BN Sederhana, Tak Perlu Wang Banyak’ – Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata pembekuan akaun Umno tidak
akan menjejaskan kempen parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Sungai Kandis kerana 
parti itu tidak memerlukan wang yang banyak pada PRK kali ini.
“Kempen ini guna wang paling minimum.
“Kita buat dengan sederhana tetapi lebih mesra rakyat dan
menyentuh hati rakyat daripada buat perjumpaan besar-besaran dengan belanja dan
sebagainya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pendekatan kita lebih mesra kepada rakyat,” katanya ketika
ditemui di hadapan Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis.
Memetik laporan Malaysiakini, Najib juga ditanya kenapa parti komponen BN tidak
kelihatan pada PRK itu, beliau berkata mereka perlu diberi masa selepas
kekalahan dalam pilihan raya umum lalu.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin MIC ada turun padang.
“Kita faham mereka telah melalui satu keadaan yang MCA Johor
hanya menang satu kerusi (parlimen) manakala MIC pula dua kerusi parlimen.
“Dalam keadaan sedemikian, mereka terpaksa lihat proses
muhasabah diri apa kelemahan dan kepimpinan mereka.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Ini sedang berlaku misalnya kepimpinan MIC sudah beralih
kepada presiden baharu tetapi timbalan dan naibnya belum lagi selesai proses
pemilihan parti,” katanya.
PRK DUN Sungai Kandis bakal menyaksikan pertandingan tiga
penjuru antara calon BN Lokman Noor Adam, calon PKR Zawawi Mughni dan calon
bebas K Murthy selepas
 penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.
Pada PRU-14 lalu, Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi itu
dengan 23,998 undi selepas menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari
(11,518); calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia
(PRM), Hanafiah Husin (76).


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel