Connect with us

Berita Lain

PM: Misi Dagang Luar Negara? Penerbit Guna Modal Sendiri

PUTRAJAYA, 26 Julai 
Kandungan industri kreatif seperti filem, drama dan animasi mampu menjadi
eksport yang menguntungkan negara jika produk yang dihasilkan berkualiti, kata
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Untuk itu, katanya penggiat industri hiburan perlu memahami
minat dan citarasa pasaran luar negara bagi memastikan produk mereka dapat
diterima dan tidak hanya bergantung kepada pasaran tempatan sahaja.
“Filem Korea dan Hindustan orang suka tengok. Kalau kita nak
buat filem, nak tunjuk di negara luar, kita kena tahu apa minat mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kerajaan boleh tolong sedikit untuk membantu seperti bidang
pengiklanan dan sebagainya tetapi akhirnya kualiti filem itu yang akan
menentukan ia diterima di negara asing,” katanya pada sesi dialog bersama
penggiat industri hiburan di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.
Antara penggiat seni yang hadir ialah Datuk Jamal Abdillah,
Rozita Che Wan, Datuk Shuhaimi Baba, Michael Ang, Fauziah Ahmad Daud, Datuk
Yusof Haslam dan Datuk Norman Abdul Halim serta wakil dari Persatuan Penerbit
Filem Malaysia.
Pada sesi dialog itu, penerbit Datuk Nancy Foo meminta
kerajaan membuka peluang kepada penerbit tempatan untuk menyertai misi
perdagangan ke luar negara bagi memasarkan produk mereka memandangkan ketika
ini industri hiburan hanya menyumbang satu peratus kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) Malaysia.
Dr Mahathir berkata kerajaan boleh membuka peluang tersebut
kepada mereka namun penerbit perlu mengeluarkan modal sendiri untuk menyertai
misi perdagangan tersebut.
Mengenai permintaan supaya bank melonggarkan syarat pinjaman
patuh syariah kepada penerbit filem dan drama serta memberikan potongan cukai
berganda kepada pelabur dalam penerbitan kandungan kreatif, Dr Mahathir berkata
perkara itu akan dibawa kepada Kabinet untuk diputuskan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Antara perkara lain yang dicadangkan ialah meletakkan pihak
berkuasa berkaitan isu cetak rompak di bawah satu kementerian memandangkan
ketika ini penguatkuasaan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna manakala kuasa menghukum terletak di bawah Kementerian
Komunikasi dan Multimedia.
Isu 25 peratus cukai hiburan yang dikutip bagi setiap jualan
tiket filem oleh kerajaan negeri yang pada mulanya dipulangkan semula kepada
penerbit turut disuarakan, kerana amalan itu telah dihentikan mulai tahun 2000.
Turut dibangkitkan, isu geran galakan penerbit dan serta
limpahan filem dari luar negara yang menenggelamkan filem tempatan.
Bagi memastikan semua isu tersebut diperhalusi dengan
mendalam, Dr Mahathir meminta penggiat hiburan negara menghuraikan semua isu
yang dibangkitkan di dalam satu memorandum untuk dibincangkan di peringkat
Kabinet.
“Saya akan cuba bantu setakat yang saya boleh dan kalau ada
apa-apa substantial seperti cukai sila beri memorandum secara bertulis supaya
saya dapat faham secara mendalam untuk meyakinkan kabinet menyokong tuntutan
tersebut,” kata Dr Mahathir. — Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel