Connect with us

Berita Lain

Teo: Tidak Adil Mufliskan Peminjam Gagal Bayar PTPTN

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie
Ching kecewa kenyataannya mengenai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) diputar belit segelintir media dan netizen media sosial.
Teo berkata kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini
tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang
gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.
“Saya sangat kecewa kerana maksud saya sebenarnya
membandingkannya dengan sistem perbankan swasta, jika penghutang gagal membayar
hutang mereka akan disenarai bankrap, tetapi tidak adil untuk kita lakukan
perkara sama pada bekas pelajar yang gagal bayar PTPTN, itu maksud saya,”
katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan
majlis pertandingan Koakedemik Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) ― Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.
Sejak beberapa hari lalu melalui perkongsian di media sosial
(Facebook) tersebar kenyataan daripada Teo bahawa kerajaan akan membankrapkan
peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN.
Dalam pada itu, pada majlis berkenaan Sabah membuktikan
keunggulan apabila tiga sekolah dari negeri itu menjuarai tiga kategori
Pertandingan Koakademik Bahasa Melayu peringkat Kebangsaan DBP ― KPM 2018.
Olevia Demius dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tenom,
dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan deklamasi puisi kategori sajak
manakala Mohammad Akmal Faramzyzam Shah Abdullah dari SMK Terusan Lahad Datu
meraih juara bagi kategori sahibba sekolah menengah.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Nur Khairina Man Siew Kiong dari SJKC Yuk Choi, Lahad Datu
pula meraih juara bagi kategori sahibba (sekolah rendah).
Enam belas pasukan dari sekolah di seluruh Malaysia
menyertai pertandingan itu yang bertujuan meningkatkan keterampilan penguasaan
bahasa Melayu dalam konteks komunikasi dan tulisan di kalangan pelajar sekolah
dalam memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel