Connect with us

Berita Lain

Kes Najib Bakal Dikendalikan Hakim Baharu?

Foto: Berita Harian

Hakim, Datuk Sophian Abdul Razak yang ditugaskan untuk
mengendalikan kes perbicaraan tiga tuduhan pecah amanah dan satu salah guna
kuasa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwa bakal
dipindahkan ke bahagian lain mahkamah, berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Memetik laporan portal Malaysiakini, ia berikutan gesaan
Badan Peguam Malaysia yang mahu Sophian menarik diri daripada mendengar
perbicaraan tersebut demi memelihara integriti badan perundangan, selain
mengelak sebarang kemungkinan berlaku pertimbangan berat sebelah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Hal itu dibangkitkan ekoran bahawa Sophian adalah merupakan
adik kepada salah seorang exco Pahang, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak.
Mohd Soffi ialah pemimpin Umno yang terpilih menjadi anggota
Dewan Undangan Negeri Benta, Pahang, selama lima penggal dan terpilih menjadi
Exco sebanyak empat kali.
Secara kebetulan Najib berasal dari Pahang dan kini menjadi
ketua Umno Pekan. Beliau juga bekas presiden Umno.
Bagaimanapun, dalam laporan sama, Peguam Negara Tommy Thomas
berkata beliau tidak mengetahui latar belakang Sophian ketika ditanya wartawan
selepas Najib didakwa.
Menurut dua sumber berbeza memberitahu hakim terbabit akan
bertugas di bahagian komersial Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Sementara itu hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali – yang dilantik
sebagai pesuruhjaya kehakiman pada April 2015 dan disahkan tahun lalu bakal
bertugas di bahagian jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bermula pada 1 Ogos
ini.
Bagaimanapun, setakat semakan semalam, Sophian masih
disenaraikan sebagai hakim yang akan mendengar perbicaraan ke atas Najib.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel