Connect with us

Berita Lain

Menteri, timbalan perlu beri mesej konsisten



SHAH ALAM – Pemuda Ikatan menggesa menteri dan timbalan menteri pendidikan menyampaikan mesej yang konsisten kepada rakyat walaupun berbeza parti politik.


Mengulas isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak muda kini didakwa keliru dengan kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan timbalannya, Teo Nie Ching.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Ketua Pemuda Ikatan, Shahir Adnan berkata, Maszlee sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira 433,000 peminjam PTPTN dikeluarkan daripada senarai hitam jabatan imigresen secara berperingkat sejak 24 Mei lalu dan dijangka selesai pada 15 Jun.


Bagaimanapun, Nie Ching ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Azman Ismail  dalam sidang Dewan Rakyat baru-baru ini berkata, peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran akan diisytihar bankrap.


“Terdapat percanggahan kenyataan antara menteri dan timbalannya. Persoalannya, adakah anakmuda yang gajinya kurang RM 4,000 masih dikecuali dari buat bayaran balik PTPTN? Kekeliruan ini bakal meyaksikan ramai anak muda berdepan dengan kegagalan ekonomi individu dan diisytihar bankrap.


“Kami gesa kenyataan rasmi dikeluarkan Kementerian Pendidikan berkenaan isu ini supaya peminjam PTPTN tidak keliru dengan pelbagai kenyataan bercanggah daripada pihak kementerian,”katanya.


Dalam pada itu, Shahir yang juga Timbalan Ketua Pemuda Gagasan Sejahtera berkata, timbalan menteri sepatutnya mendapat persetujuan menteri dalam membuat sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi di Dewan Rakyat.


Beliau sebelum itu berkata, di bawah kerajaan BN, peminjam yang gagal membuat pembayaran hanya dikenakan sekatan keluar negara sahaja. Namun kini, peminjam yang gagal membuat pembayaran bakal dikenakan tindakan muflis atau bankrap.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Pada 31 Mei lalu, Maszlee melalui kenyataannya, kira-kira 433,000 peminjam PTPTN sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen secara berperingkat sejak 24 Mei lepas dan dijangka selesai 15 Jun ini.


Nie Ching baru-baru ini dilapor berkata, peminjam PTPTN yang gagal membuat pembayaran akan diisytihar bankrap.


Bagaimanapun, Nie Ching dalam satu kenyataan hari ini mendakwa kenyataannya mengenai peminjam PTPTN diputar belit segelintir media dan netizen media sosial.


Nie Ching berkata, kenyataannya di Dewan Rakyat awal minggu ini tidak bermaksud kerajaan akan melaksanakan hukuman meletakkan peminjam yang gagal membayar hutang PTPTN dalam status bankrap.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel