Connect with us

Berita Lain

Azharuddin Letak Jawatan Pengerusi CAAM

KUALA LUMPUR – Pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia
(CAAM), Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman tampil bertanggungjawab terhadap
perkembangan terbaharu MH370 dengan meletakkan jawatan berkuat kuasa 14 Ogos
depan.

Beliau berkata, hasil laporan Pasukan Penyiasatan
Keselamatan Annex 13 ICAO Malaysia bagi MH370 tidak merumuskan bahawa Jabatan
Penerbangan Awam (DCA), kini CAAM adalah punca misteri kehilangan pesawat
membawa 239 penumpang, pada 8 Mac 2014 lalu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa penemuan dikemukakan
menerusi dokumen setebal 449 halaman itu menunjukkan pegawai yang ditugaskan
untuk menyelia operasi Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATSC) pada
hari kejadian tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Oleh itu, dengan penuh kekesalan dan pertimbangan
sewajarnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan Pengerusi CAAM,
berkuat kuasa 14 hari daripada tarikh notis yang diberikan hari ini.
“Sepanjang empat tahun lalu, saya sudah berusaha sebaik
mungkin untuk membantu operasi pencarian MH370 dan bertekad untuk merungkai
misteri malang ini seperti yang dijanjikan kepada waris mangsa.
“Dukacitanya, saya terpaksa berundur dalam keadaan seperti
ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Azharuddin yang mula mengetuai operasi DCA sejak 2008
dihimpit pelbagai tugasan berat dan sering diburu media, sejak pesawat Boeing
777-200ER dengan kod 9M-MRO hilang daripada radar menara kawalan ketika berada
di ruang udara antara Vietnam dan Malaysia.
Anak jati Temerloh, Pahang ini sering dilihat bergandingan
dengan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika itu,
sebelum tugas berkenaan diambil alih oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 27 Jun
2014.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengulas lanjut, Azharuddin menyifatkan khidmatnya selama 40
tahun menerusi industri penerbangan adalah penghargaan terbaik dalam hidupnya,
namun memohon maaf kerana gagal meneruskan perkhidmatannya.
“Industri penerbangan adalah teras kehidupan saya sejak
kecil dan ia akan kekal sedemikian untuk sepanjang hayat,” katanya. – BH Online


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel