Connect with us

Berita Lain

Bekas ketua perisik MEIO mahu polis siasat dalang bocorkan surat CIA

Surat kepada CIA bertarikh 4 Mei 2018 dikatakan meminta AS
menyokong pentadbiran Datuk Seri Najib Razak jik BN menang PRU14.

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Bekas Ketua Pengarah Organisasi
Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid mahu polis menyiasat
dalang yang membocorkan isi kandungan sepucuk surat ditulisnya kepada Agensi
Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat pada 4 Mei lepas.
Hasanah berkata kandungan surat tersebut bukanlah satu
perkara yang aneh dan jauh sekali sepucuk surat berbentuk derhaka kerana mandat
MEIO adalah menjaga keselamatan negara.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau berkata kandungan surat tersebut adalah rahsia
risikan yang tidak boleh dijadikan bahan polimik awam.
“Tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu telah
menghancurkan keyakinan agensi perisikan luar negara dengan MEIO serta hubungan
Malaysia dengan negara luar.
“Jika berlaku dengan sewenangnya maka sumber-sumber akan
pupus dan kepercayaan terhadap kemantapan rahsia yang dipegang MEIO akan
pudar,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan menerusi peguam beliau, Datuk
Shaharudin Ali sejurus laporan dibuat di Balai Polis Travers di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Surat bertarikh 4 Mei itu dialamatkan kepada Pengarah CIA
Gina Haspel, antara lain, dikatakan meminta Amerika Syarikat menyokong
pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak jika Barisan
Nasional memenangi Pilihan Raya Umum ke-14, Mei lepas walaupun dengan majoriti
mudah atau hanya dengan kelebihan satu kerusi. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel