Connect with us

Berita Lain

Anwar tolak spekulasi Tun M ‘guna’ Azmin untuk kurangkan pengaruhnya


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim menafikan spekulasi bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad
sedang ‘menggunakan’ Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengurangkan
pengaruhnya dalam kerajaan dan parti.
Beliau berkata, adalah tidak wajar setiap langkah yang
diambil Perdana Menteri dilihat dalam konteks politik kerana beliaU mempunyai
alasan sendiri demi kepentingan negara.
“Tidak, saya rasa itu (spekulasi) agak jauh. Saya tidak
rasa kamu patut terjemahkan setiap langkah Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir)
dalam konteks politik.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ketika saya dalam jawatan, sudah tentu saya memutuskan
mengikut keutamaan dan cara saya.
“Kini, biarlah Tun (Mahathir) diberi kebebasan untuk
mentadbir negara,”katanya seperti dilaporkan Kosmo Online.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Tahlil
bekas Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafie di
sini malam tadi.
Anwar berkata, beliau tidak boleh menghalang sesiapa sahaja
untuk membuat sebarang spekulasi tetapi ia sedikit pun tidak merisaukan
dirinya.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan calon
PKR Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Mohd. Zawawi
Ahmad Mughni.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Semalam, Mohamed Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal
Ekonomi menolak dakwaan bahawa Mahathir sedang menggunakan beliau untuk
‘mengawal’ Anwar.
Dalam perkembangan lain, Anwar ketika ditanya pandangannya
mengenai khabar angin berhubung pertandingan jawatan Presiden dalam pemilihan
PKR Ogos ini memaklumkan ia masih belum disahkan secara rasmi setakat ini.
“Kita tidak boleh layan desas-desus kerana masih belum
ada keputusan yang sah. Azmin ada jumpa saya di Istanbul, Turki, tetapi beliau
tidak pernah bangkit soal (pemilihan) ini.
“Belum sah ada pertandingan atau tidak. Kalau ada
pertandingan pun, kita kena hormati peraturan dan etika dan saya percaya
Jawatankuasa Pemilihan PKR akan pastikan perkara itu dipatuhi,” ujarnya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel