Connect with us

Berita Lain

Hakim baharu dengar kes Najib minggu depan

Datuk Seri Najib Razak 4 Julai lalu mengaku tidak bersalah
atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa berkaitan
dana SRC International. – Foto: ProjekMM

KUALA LUMPUR,  2 Ogos
― Kes bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas tuduhan
pecah amanah dan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd
berjumlah RM42 juta akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan
Mohd Ghazali.
Mengikut senarai kes di Mahkamah Tingggi Jenayah 3, Mohd
Nazlan akan mendengar  kes Najib yang
ditetapkan pada 8 Ogos, pukul 9 pagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mohd Nazlan, 51, dari Mahkamah Tinggi Dagang 1 menggantikan
Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak yang sebelum ini mendengar kes Najib.
Mohd Sofian ditukarkan ke Mahkamah Tinggi Sivil 10.
Pertukaran mereka berkuat kuasa 1 Ogos 2018 dan surat pertukaran itu telah
ditandatangani Hakim Besar Malaya Tan Sri Zaharah Ibrahim pada 24 Julai 2018.
Pada 8 Ogos ini kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes dan
pendengaran perintah halangan yang dimohon oleh Anggota Parlimen Pekan untuk
menghalang media daripada menyiarkan perbincangan umum berkaitan merit kes itu
dan bagi menetapkan tarikh perbicaraan kes itu.
Pada  4 Julai 2018,
Najib, 65, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohd Sofian atas tiga
tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan menyalahgunakan kuasa berkaitan dana SRC
International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini media melaporkan, Hakim Mohd Sofian perlu
menarik diri daripada mendengar kes Najib atas alasan abang kepada Hakim Mohd
Sofian mempunyai kedudukan dalam Umno dan kerajaan Pahang.
Bagaimanapun pada 6 Julai lepas Pejabat Ketua Pendaftar,
Mahkamah Persekutuan dalam kenyataan media berkata pemilihan hakim Mohd Sofian
untuk mendengar kes  Najib dibuat secara
rawak yang dilaksanakan secara dalam talian melalui Portal e-Filing Mahkamah.
Menurut kenyataan itu proses pendaftaran ini bermula apabila
pihak Pendakwa Raya memfailkan kes mereka dalam sistem e-Filing dan sistem ini
akan membahagikan kes secara rawak kepada hakim-hakim yang mengendalikan kes
jenayah. ― Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel