Connect with us

Berita Lain

Penjawat awam wanita ditemui mati dipercayai dibunuh

SIBU – Seorang wanita ditemui mati dipercayai dibunuh dengan
keadaan tangan dan kakinya diikat di tepi katil di dalam rumah sewanya di Jalan
Tiong Hua, di sini hari ini.
Mayat mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, ditemui
oleh rakan sekerjanya yang pergi ke rumah berkenaan pada pukul 3 petang.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan
Ringgit berkata, panik melihat keadaan mangsa yang sudah tidak bernyawa, rakan
wanita berkenaan kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya, lapor Kosmo.
Katanya, sepasukan anggota polis kemudian diarahkan ke
lokasi kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.
“Berdasarkan maklumat rakannya, mangsa merupakan
seorang penjawat awam dan bekerja di di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu.
“Namun, mangsa dikatakan gagal dihubungi dan tidak
turun bekerja sejak pagi tadi sebelum dia ditemui mati,” katanya ketika
dihubungi hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Stanley menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital
Sibu untuk dibedah siasat.
Katanya, pasukan polis masih menyiasat dan mengesan suspek
yang terlibat dalam kes berkenaan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
kerana membunuh,” ujarnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel