Connect with us

Berita Lain

Bekas KSU Perbendaharaan tahu kehilangan RM18b?


KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan akan menyiasat kehilangan RM18 bilion  kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dipulangkan kepada rakyat.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagaimanapun, menjangkakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan tahu mengenai perkara tersebut.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Bagi kami di pihak dalaman (Kementerian Kewangan) ingin mendapatkan sesuatu yang pasti, kerana kita ingin mengenal pasti mereka  yang membuat keputusan.Tentunya Ketua Setiausaha Perbendaharaan terdahulu tahu mengenainya.

“Lain-lain itu kami masih belum kenal pasti. Kemudian mungkin akan tanya Perdana Menteri atau Kabinet untuk tentukannya,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, dilaporkan, bayaran RM18 bilion tersebut sepatutnya dipulangkan semula kepada peniaga selepas dua minggu  selepas mereka memfailkan tuntutan.

Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran balik tuntutan cukai input sejak 2015 ialah sebanyak RM19.4 bilion.

Namun, baki yang tinggal dalam akaun hanya RM1.486 bilion sahaja.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM9.2 bilion daripada dari 2018, RM6.8 bilion dari 2017, RM2.8 bilion dari 2016 dan baki RM600 juta dari 2015.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak berhasrat mengaitkan kehilangan  wang berkenaan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau akan menyerahkan siasatan kehilangan RM18 bilion kutipan GST itu kepada tindakan undang-undang untuk menjalankan siasatan terperinci.

“Saya tidak mahu kaitkan perkara ini dengan bekas Menteri Kewangan (Najib) kerana beliau sekarang berdepan pendakwaan, jadi saya tidak mahu buat sebarang ulasan, ia tidak sesuai.

“Biar siasatan akhir putuskan, tetapi saya agak kelompok yang membuat keputusan dalam kerajaan terdahulu maklum tentang perkara ini,” ujarnya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel