Mohamad Nurhadi Othman, 25, yang berasal dari Jalan Hiliran, Parit Gali di sini membuat pengakuan bersalah terhadap dua pertuduhan merompak, tiga tuduhan melakukan seks luar tabii dan satu pertuduhan merogol di dua mahkamah sesyen berasingan, lapor Kosmo Online.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh mengaku salah atas tuduhan merompak wang tunai bernilai RM2,600 dengan bersenjatakan sebilah pisau di sebuah butik pakaian wanita di Jalan Bukit Kecil di sini kira-kira pukul 9.56 malam, 1 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh turut mengaku salah merompak dua utas rantai tangan dan cincin milik pembantu butik pakaian itu dengan bersenjatakan pisau kira-kira pukul 10.55 malam pada hari yang sama.
Mohamad Nurhadi juga didakwa atas pertuduhan merogol dan tiga perbuatan seks luar tabii ke atas mangsa di lokasi dan tarikh sama dari pukul 10.10 malam hingga dan 10.45 malam pada tarikh dan lokasi sama. 


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 3 Ogos lalu dilaporkan seorang pembantu kedai mengalami detik hitam apabila disamun dan dirogol penjenayah ketika bersendirian di butik pakaian wanita terbabit.