Connect with us

Berita Lain

Halimah letak jawatan ahli lembaga pengarah PPAS



Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia dari PAS, Dr Halimah Ali akan menghantar surat peletakan jawatan sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), esok.


Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk berbuat demikian meskipun telah bersama dengan PPAS sejak 2008 lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



Dr Halimah berkata demikian berhubung desakan pelbagai pihak supaya beliau meletak jawatan ekoran kedudukannya kini sebagai calon pembangkang pada PRK itu, lapor Projek MM lagi.
“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu, PPAS bukan GLC (anak syarikat kerajaan negeri) kerana saya tidak mendapat apa-apa elaun sepanjang berkhidmat di PPAS.
“Saya pernah menjadi pengerusi PPAS (dari 2008 sehingga 2016), saya berkhidmat di perpustakaan itu pun hanya kerana minat (membaca) dan bukan atas kepentingan lain, apa pun esok saya akan hantar surat letak jawatan kepada PPAS,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ziarah asnaf di sini, hari ini.
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Dr Halimah supaya melepaskan jawatan yang disandang untuk tempoh 2017-2020 itu, termasuk Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Penolong Setiausaha, Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman.
Mengulas lanjut, bekas anggota Exco kerajaan Selangor itu berkata pihaknya menerima desakan peletakan jawatan itu dengan hati terbuka walaupun sebelum ini telah melaksanakan pelbagai program untuk menaikkan imej perpustakaan berkenaan.
“Ketika menjadi Pengerusi PPAS, pelbagai usaha telah kita lakukan untuk membudayakan ilmu dan antara pencapaian paling membanggakan ialah penganjuran Pesta Buku Selangor yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai ‘The Largest Outdoor Reading Event’.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya pun tidak terfikir menjadi calon (PRK) kerana ini adalah arahan pimpinan parti,” katanya.
Sementara itu, Dr Halimah berkata pihaknya menggunakan pendekatan lebih mesra dalam menyantuni pengundi bukan Islam di kawasan DUN itu.
Beliau berkata PAS sebelum ini tidak pernah menjadikan isu bangsa dan agama sebagai batu penghalang dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat.
“Saya tidak nafikan sebelum ini ada rakyat yang menganggap PAS sebagai ektremis kerana propaganda parti lawan.
“Ingin saya tegaskan di sini, perjuangan PAS adalah untuk semua tanpa membezakan kaum mahupun bangsa, cuma kita tidak berkompromi dengan musuh Islam,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel