Connect with us

Berita Lain

Isu BR1M: Najib sekolahkan Azmin


Semalam di Dewan Negara, Menteri Hal-Ehwal Ekonomi, Datuk
Seri Azmin Ali membuat kenyataan agak pelik mendakwa BR1M ialah satu rasuah dan
bantuan itu dianggap bukti bahawa kerajaan BN gagal untuk membantu golongan
B40.
Alasan diberikan Azmin Ali, ini kerana kerajaan BN gagal
untuk mempertingkatkan golongan B40 menjadi golongan M40.
Saya percaya Menteri Hal Ehwal Ekonomi ini keliru dengan
kefahaman konsep ekonomi dan matematik beliau.
Pada setiap masa, golongan B40 memang akan wujud. Ini konsep
matematik asas!

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

B40 bermakna kumpulan rakyat berpendapatan 40 peratus paling
rendah. Oleh itu, ini tidak bermakna jika kesemua golongan B40 dipertingkat
menjadi M40 maka tiada lagi kewujudan golongan B40.
Contohnya, B40 adalah dari pendapatan RM4,000 sebulan namun
jika pendapatan rakyat meningkat satu kali ganda pada masa depan, B40 akan
diklasifikasi daripada mereka yang terima pendapatan RM8,000 sebulan.
Pada setiap masa juga, akan ada keluarga yang keluar dari
kumpulan B40 akibat kenaikkan pendapatan mereka dan ada keluarga yang baru
masuk ke dalamnya.
Mungkin Menteri ekonomi kita kurang faham. BR1M bukan
sekadar skim bagi membasmi kemiskinan. Untuk tujuan itu, ada banyak lagi skim
lain dijalankan seperti di bawah jabatan kebajikan dan skim 1Azam.
Tujuan utama BR1M ialah satu kaedah pengagihan semula
pendapatan daripada golongan 60 peratus kumpulan terkaya kepada golongan 40
peratus pendapatan terendah dan sebagai pengerak ekonomi terutama di luar
bandar atau di bandar kecil.
Itu tujuan sebenarnya dan penting dalam mengurangkan jurang
pendapatan di Malaysia antara yang kaya dengan miskin dan bandar dengan luar
bandar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Wang dari GST yang kita perolehi dari golongan yang kaya,
yang mengelak cukai dan dari ekonomi gelap yang kebanyakannya di bandar besar,
kita dapat agih dan pulangkan kepada golongan B40 yang biasanya di luar bandar
ataupun bandar kecil untuk meningkatkan pendapatan dan merancakkan ekonomi
tempatan mereka.
Konsep “direct cash transfer” dan pulangan duit
GST kepada golongan B40 ini bukan perkara baru dalam segi ekonomi.
Antara banyak lagi negara, negara jiran kita Singapura juga
ada skim seperti BR1M yang mereka memberi nama “GST Voucher” yang
dibayar setiap tahun.
Untuk tahun 2018, Singapura membayar SGD1 billion (RM3
bilion) kepada 1.6 juta warganegara yang berpendapatan SGD28,000 setahun dan ke
bawah iaitu purata SGD625 (RM1,875) seorang.
Saya hendak tanya Azmin: Adakah kerajaan Singapura telah
gagal ataupun mereka membeli atau memanjakan rakyat mereka juga kerana mereka
ada skim seperti BR1M?
DATUK SERI NAJIB RAZAK adalah bekas perdana menteri dan kini anggota parlimen Pekan.
Artikel ini pertama kali dimuat-naik di Facebook milik
beliau dan merupakan pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya
mencerminkan pendirian rasmi Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel