Connect with us

Berita Lain

Azmin: PM sahaja bawa isteri, kurang tujuh hari ke luar negara

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggota jemaah menteri
dibenarkan membawa pasangan masing-masing sekiranya lawatan kerja itu melebihi
tujuh hari. — Foto oleh Azinuddin Ghazali/Projek MM

SHAH ALAM, 12 Okt — Kabinet memutuskan untuk tidak
membenarkan anggota jemaah menteri membawa pasangan masing-masing ke luar
negara sekiranya lawatan kerja rasmi kurang daripada tujuh hari, kata Menteri
Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata arahan itu yang berkuat kuasa serta-merta
merupakan satu langkah penjimatan dalam perbelanjaan awam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau lawatan kerja dalam 1-2 hari itu, tidak boleh lagi
bawa isteri dan tidak lagi ditanggung kerajaan,” katanya pada program Bicara
Minda bertajuk Ekonomi: Kesejahteraan Untuk Semua di Dewan Karangkraf di sini
hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ketika ditemui pemberita selepas program itu, Mohamed Azmin
berkata arahan itu diputuskan Kabinet sebab berpandangan bahawa lawatan kerja
rasmi adalah bersifat kerja dan tidak perlu melibatkan anggota keluarga
khususnya isteri.
“Antara garis panduan yang ditetapkan adalah sekiranya
lawatan kerja kurang tujuh hari, maka menteri itu boleh pergi dengan dua orang
pegawai sahaja (ke luar negara).
“Kalau (menggunakan) perbelanjaan sendiri dan lawatan kurang
tujuh hari, menteri tersebut boleh bawa (isteri),” katanya.
Mohamed Azmin berkata anggota jemaah menteri dibenarkan
membawa pasangan masing-masing sekiranya lawatan kerja itu melebihi tujuh hari.
Beliau bagaimanapun berkata arahan tersebut tidak tertakluk
kepada perdana menteri berikutan isterinya perlu menjalankan tugas sebagai
isteri perdana menteri di negara yang dilawatinya. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel