Connect with us

Berita Lain

Nurul Izzah protes Anwar?


Berita paling mengejutkan hari ini tentunya ialah tentang
perletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden PKR dan menolak
perlantikan sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang.
Dalam waktu yang sama, Nurul Izzah juga, atas sebarang
kapasiti, turut melepaskan semua khidmatnya yang ada dengan kerajaan
persekutuan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagaimanapun, beliau akan terus kekal sebagai anggota PKR
dan penyokong kerajaan di Parlimen melalui kedudukannya sebagai Ahli Parlimen
Permatang Pauh.
Dengan menang undi tertinggi bagi jawatan Naib Presiden pada
pemilihan PKR bulan lalu dan baru diumumkan oleh Anwar semalam sebagai
Pengerusi Majlis Pimpinan Pulau Pinang, tindakannya meletakkan kedua-dua
jawatan itu bukan saja mengejutkan, tetapi juga merupakan tamparan kepada
bapanya
yang kini merupakan Presiden PKR.
Apa lagi, Anwar kini hanya kira-kira setahun lebih saja lagi
dijangka akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir
Mohamad.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dengan mengundurkan diri itu, apakah Nurul Izzah tidak mahu
bersama-sama melihat kejayaan bapanya menduduki kerusi Perdana Menteri yang
diidam-idamkan sejak 20 tahun lalu?
Lantaran itu, di merata-rata ruang perbualan, pelbagai
tanggapan dan andaian sedang bertali arus berhubung  perletakan jawatannya secara mengejut itu.
Ada yang mengatakan ia bertujuan untuk mengelak tanggapan
berlakunya amalan nepotisme yang sedang dimainkan oleh sesetengah pihak dalam
PKR kebelakangan ini.
Bagaimanapun, perkara itu jika diteliti ternampak tidak
munasabah kerana kedudukan ahli keluarga Anwar dalam PKR bukanlah perkara baru
dan sudah pun diterima sebagai sesuatu yang normal sejak 1998 lagi.
Malah, kewujudan parti itu sendiri pada asalnya ialah untuk
membela nasib Anwar yang dikatakan dianiaya oleh Tun Mahathir sehingga dipecat
dan dipenjara pada 1998 dahulu dengan penglibatan Dr. Wan Azizah dan Nurul
Izzah dalam PKR telah bermula sejak daripada awal lagi.
Makanya, mengapa baru sekarang ia harus menjadi isu yang
sampai memerlukan Nurul Izzah meletakkan jawatannya?
Tetapi, jika diambil kira perkembangan semasa yang
melibatkan tindakan keluar parti beberapa Ahli Parlimen UMNO beberapa hari lalu
dan dalam masa yang sama mereka menzahirkan sokongan kepada Tun Mahathir,
perletakan jawatan Nurul Izzah tidak mustahil merupakan suatu tindakan protes. 
Pertama, beliau mungkin melakukan protes terhadap Tun
Mahathir kerana merasakan ia adalah permainan yang sengaja dicipta untuk terus
mengekalkan kuasa dan tidak mahu menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana
Menteri kepada bapanya.
Tambahan lagi, bersama keluarnya UMNO beberapa Ahli Parlimen
itu, terdedah wujudnya akuan bersumpah melibatkan 36 Ahli Parlimen BN menyokong
kepimpinan Tun Mahathir, manakala dalam konteks lumpuhnya UMNO Sabah pula, Tun
Mahathir sendiri mengakui bertemu mereka sebelum itu.
Dua hari lalu beliau mengecam mereka yang bertindak keluar
UMNO dengan mengatakannya sebagai mengkhianati kepercayaan pengundi.
Sebagai tanda protesnya kepada Tun Mahathir itu, maka Nurul
Izzah melepaskan semua khidmatnya yang ada dengan kerajaan persekutuan.
Jawatan beliau di peringkat persekutuan ketika ini ialah
Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional Malaysia atau TVET.
Kedua, Nurul Izzah juga barangkali  sedang melakukan protes terhadap Anwar
sendiri yang dilihat agak perlahan, mendatar, tiada lagi semangat “lawan
tetap lawan”
, malah masih menyatakan kesetiaan kepada Tun Mahathir,
meskipun Perdana Menteri melalui gerakan politik yang nyata di depan mata
sedang dalam proses mahu “menyembelih” masa depan bapanya.
Sebagai seorang yang diasuh secara semulajadi dengan
semangat melawan sejak zaman remaja lagi dengan pelbagai episod percikan darah
dan airmata
, tidak dinafikan bahawa Nurul Izzah pasti paling kecewa jika buat
kali kedua ini bapanya masih tewas lagi dalam pertarungan kuasa kepada Tun
Mahathir.
Dalam erti kata lain, protes Nurul Izzah kali ini hanya
mahukan Anwar bangun melawan dan menuntut haknya yang telah dipersetujui
bersama Pakatan Harapan dalam perjuangan yang telah dilalui sejak lebih 20
tahun lamanya.
Sediakah Anwar akur dengan protes anaknya itu atau beliau
sebenarnya ada percaturan lain untuk memastikan kejayaannya mencapai cita-cita
menuju mercu kuasa yang diidam-idamkan selama ini?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik
terkenal. Tulisan ini adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya
mewakili pendirian kami di Malaysian Update.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel