Connect with us

Berita Lain

Pemimpin jangan takbur, rakyat hukum lima tahun sekali, kata TPM

Foto oleh Bernama

SHAH ALAM — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail mengingatkan barisan kepimpinan Tertinggi PKR yang telah
dipilih mentadbir negara agar tidak mendabik dada dan takbur dengan kuasa yang
diberikan.
Sebaliknya, kata beliau, kepimpinan parti itu hendaklah
mendengar masalah dan rintihan rakyat yang dilihat mahukan perubahan dalam pentadbiran
negara ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ya, memang betul kita sudahpun menjadi kerajaan dan
mempunyai kuasa di beberapa buah negeri namun janganlah kita mendabik dada dan
takbur dengan kuasa yang diberikan.
“Dengarlah nasihat dan rintihan rakyat di luar sana yang
mahukan perubahan janganlah kita ulangi sikap pemerintah dahulu yang akhirnya
membawa kepada kejatuhan rejim,” katanya ketika berucap di majlis makan malam
dan meraikan Presiden PKR yang baharu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, malam
tadi.
Selain Anwar, turut hadir Naib Presiden PKR Dr Xavier
Jayakumar dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Wan Azizah yang juga bekas presiden parti itu berkata
barisan kepimpinan yang memegang jawatan kanan kerajaan perlu sentiasa ingat
bahawa kuasa diberikan kepada mereka merupakan satu tanggungjawab.
Ini kerana, kata beliau, kepimpinan parti itu mempunyai
sekurang-kurangnya empat tahun untuk membuktikan kepada rakyat bahawa mereka
boleh serta mampu mentadbir negara dengan lebih baik.
“Kitalah yang mendidik rakyat celik politik, menyedarkan hak
mereka untuk bersuara dan mempertahan hak mereka.
“Jadi kalau kita tidak “perform”, kuasa rakyat akan
menentukan di mana kita lima tahun akan datang,” tambahnya.
Dalam pada itu, Dr Wan Azizah turut menyeru semua anggota
PKR menghayati kembali dasar dan perjuangan parti.
Sehubungan itu, tegas beliau, tidak perlu wujud sebarang
permusuhan mahu pun persengketaan dalam kalangan anggota parti.
“Kita yang melaungkan reformasi dan demokrasi. Maka jom kita
raikan dan amalkan “agree to disagree”, tetapi di akhirnya kita akur kepada
suatu ketetapan atau keputusan majoriti dan musyawarah, “ katanya.
Anwar dalam ucapannya menegaskan beliau tidak akan bertolak
ansur dengan sebarang pelanggaran hukum dan disiplin dalam kalangan anggota
parti.
Ketika memberikan amanat itu selaku presiden baharu PKR,
Anwar berkata anggota dan pimpinan parti harus akur dengan asas perjuangan
parti yang telah mengharungi segala gelombang dan getir kepayahan selama
puluhan tahun.
“Saya beri peringatan mesti ada disiplin dalam parti. Kalau
setakat sindir-menyindir dalam mesyuarat ok, tapi kalau terus main wayang,
kalau ada, minta dihentikan,” katanya. 
Sementara itu, Anwar, yang juga anggota Parlimen Port
Dickson, berkata beliau menyokong gesaan Bersih 2.0 bagi pindaan kepada
undang-undang pilihan raya untuk melarang ahli politik daripada  menggunakan jentera kerajaan bagi berkempen
selepas sesuatu kerusi diisytiharkan kosong. — Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel