Connect with us

Berita Lain

Azmin kritik Nurul Izzah tak tahan cabaran: ‘Jika tak mampu tahan panas, keluar dapur’

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat mengkritik Nurul Izzah
Anwar sebagai “budak merengek” dipercayai susulan beberapa kenyataan ahli
parlimen Permatang Pauh kebelakangan ini.
“Negara ini memerlukan individu yang sanggup mendepani
segala kegetiran sepanjang perjuangan, bukan budak merengek,” katanya dalam
bahasa Inggeris di Twitter malam tadi tanpa menyebut nama sesiapa, lapor Projek MM hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apapun cabarannya, kita mesti terus melaluinya. Jika tidak
mampu tahan panas, keluar dapur,” kata timbalan presiden PKR.
Kenyataan menteri hal ehwal ekonomi tidak lama selepas Nurul
Izzah membuat beberapa pengumuman yang membayangkan pengundurannya dari
kegiatan politik.

Nurul Izzah sebelum ini mengumumkan penggal ini adalah yang
terakhir sebagai wakil rakyat selain melepas semua jawatan politik. Terbaru,
beliau meletak jawatan sebagai anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
(PAC).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Semalam, Nurul Izzah mengeluh dengan perkembangan politik di
Malaysia yang dianggapnya sebagai “huru-hara” dalam wawancara dengan akhbar
Singapura.
Beliau juga ada menyebut kekecewaan dengan kemasukan bekas
wakil rakyat Umno dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemimpin PKR N Surendran dengan melampir pautan wawancara
Nurul Izzah dengan Straits Times di Twitter malam tadi turut mengkritik
tindakan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel