Connect with us

Terkini

Husam cadang Muhyiddin jadi TPM untuk Anwar

Naib Presiden Amanah, Husam Musa, menyarankan Anwar memilih Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menduduki jawatan timbalan perdana menteri apabila tiba masa Anwar untuk menjadi perdana menteri sebagai membalas budi Bersatu.

Kata Husam, langkah itu adalah sebagai tanda menghargai kesudian Dr Mahathir Mohamad sebelum ini untuk menjadikan Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan presiden PKR pada ketika itu sebagai timbalannya.

Loading…

“Saya mencadangkan, ambil timbalan perdana menteri daripada Bersatu iaitu Muhyiddin,” kata Husam seperti dipetik Sinar Online hari ini.

Husam yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) menambah ketika ini ada dua tokoh paling kanan dalam PH, iaitu Anwar dan Muhyiddin.

Advertisement

Katanya apabila tiba waktu yang ditentukan peralihan kuasa akan berlaku apabila ada tokoh lain menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Proses itu, kata Husam, mesti berjalan secara teratur dan diserahkan kepada pemimpin paling berpengalaman dan senior.

Husam berkata dua pemimpin paling senior dalam PH ketika ini ialah Anwar dan Muhyiddin.

“Jika Muhyiddin (jadi pilihan Anwar), pasti ia akan menjadi satu kombinasi yang boleh mengamankan peralihan kuasa.

“Dari segi senioriti jawatan, Muhyiddin sangat layak. Malah beliau juga berpengalaman,” katanya.

Advertisement

Pada era Malaysia ditadbir BN, kedua-dua tokoh terbabit pernah diberi kepercayaan menjadi timbalan perdana menteri, masing-masing di bawah Mahathir dan Najib Razak.

Mengenai barisan pelapis pula, Husam menyebut dua nama – juga dari PKR dan Bersatu – iaitu Nurul Izzah Anwar dan Mukhriz Mahathir.

Kata Husam semua pihak perlu menjaga agar tiada lagi pertembungan berlaku di antara keluarga Anwar dan Mahathir seperti pernah berlaku sebelum ini.

“Sinergi antara keluarga Anwar dan Mahathir juga mesti dijaga. Kita tidak boleh biarkan dua keluarga ini berperang semula,” katanya yang menambah, jika keadaan tersebut belaku, ia akan merugikan negara.

“Kalau berperang semula, ia merupakan satu kerugian kepada kestabilan negara sebab dua keluarga ini mempunyai pemimpin pelapis iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Nurul Izzah Anwar.

Advertisement

“Bayangkan, kalau dua pemimpin pelapis ini bertembung semula, saya kira tiada keuntungan kepada negara. Alangkah indahnya kalau akhirnya peralihan kuasa berjalan seperti disebutkan dan dengan sendiri semua masalah lain akan dapat diatasi.

“Malah, saya melihat, Dr Mahathir dan Anwar tidak melatah walaupun ada usaha melaga-lagakan mereka ketika ini.

“Pada pendapat saya, apabila Anwar ketika dalam penjara sudah menerima cadangan untuk melantik Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH melalui satu tandatangan bertulis dan kemudiannya menerima Dr Mahathir dicalonkan sebagai Perdana Menteri untuk tadbir negara jika PH menang pada PRU lalu, ini adalah satu akomodasi bagi pihak Anwar kepada peribadi Dr Mahathir dan menutup fail-fail politik sebelum konsolidasi ini.

“Anwar telah menerima hakikat bahawa Dr Mahathir lebih senior, lebih berpengalaman serta lebih jitu dari segi kepimpinan. Anwar juga belajar banyak perkara dalam episod-epidod sebelum ini. Saya kira legasi Dr Mahathir akan terus dijaga.” kata Husam lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel