Connect with us

Terkini

Mamat Exists masih aktif, sedih banyak cerita buruk

Bekas penyanyi kumpulan Exists sedih dan kesal apabila pelbagai khabar angin muncul mendakwa karier seninya kian malap dan tenggelam timbul dalam industri hiburan tanah air.

Pemilik nama Mohd Ali Kamarudin,42, atau lebih dikenali sebagai mamat Exists bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan akui masih aktif dalam bidang seni.

Sehingga kini dia masih menerima tawaran dan undangan bagi mengadakan persembahan dipelbagai tempat.

“Sedih bila orang cakap perjalanan karier saya tenggelam timbul sedangkan bukan begitu.

Advertisement

“Saya masih ada dalam industri hiburan ini, cuma mungkin ada masa orang tak nampak.

“Saya tidak pernah menyepi dan sentiasa ada.

“Bila orang panggil untuk adakan persembahan saya pergi, mungkin kurangnya publisiti jadi orang anggap diri ini menyepi.” Jelas Mamat lagi ketika ditemui semasa sidang media akhbar Konsert Reunion Exists di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, pada Rabu.

Bercakap mengenai konsert Exists Reunion, ia bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 September 2019 dan Mes Theatre at Media Corp, Singapura pada 5 Oktober ini.

Konsert Exists Reunion ini buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalist iaitu Mamat dan Ezad.

Advertisement

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket Konsert Exists Reunion ini boleh melayari laman web www.mytiket.asia. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel