Connect with us

Terkini

‘Mungkin belum rezeki kami’ – Isteri Shukri Yahya keguguran

Setelah sekian lama menanti cahaya mata kedua, Shukri Yahya pasrah dan reda apabila isterinya Tya Adnan mengalami keguguran pada April lalu.

Akui dirinya kecewa, Shukri bagaimanapun menganggap masih belum masa dan rezeki mereka untuk menimang cahaya mata kedua.

Loading…

“Saya sangat teruja ketika diberitahu isteri bahawa dia hamil anak kedua pada Mac lalu dan berharap agar dapat menimang cahaya mata lelaki pula”

“Pada mulanya isteri saya buat pemeriksaan bila sakit perut, tetapi doktor sahkan kantung kosong.”

Advertisement

“Memang kecewa, tapi saya reda dan terima” kata Shukri lagi.

Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini bagaimanapun yakin semua yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Menurutnya lagi, dia dan isteri tidak akan berputus asa untuk menimang cahaya mata pada masa akan datang.

Shukri Yahya dan Tya Adnan berkahwin pada November 2015 dan dikurniakan cahaya mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia 3 tahun. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel