Connect with us

Terkini

Alyah akui rimas bila lagu dikaitkan dengan rumah tangga

Alyah atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan, 38, kini kembali dengan single terbarunya Meluruh. Dia akui rimas apabila seringkali lagu yang didendangkan olehnya dikaitkan dengan kisah rumah tangga.

“Saya berasa rimas bila orang sering kaitkan lagu dendangan dengan kisah rumah tangga.”

Loading…

Katanya, lagu tersebut adalah berkisarkan kisah perjalanan hidupnya dalam bidang nyanyian yang telah berkecimpung dalam industri seni tanah air selama 19 tahun.

Menurut Alyah, dia juga berasa sebak sehingga menitiskan air mata ketika menyanyikan lagu Meluruh di majlis pelancaran single terbabit semalam. Tambahnya, ketika menyampaikan lagu itu dia terkenangkan perjalanan sukar yang pernah dilaluinya sebagai anak seni.

Advertisement

“Saya pernah jatuh dan jatuh lagi sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

“Lagu ini juga menceritakan suka duka yang pernah dilalui dalam bidang seni.

“Saya berasa takut kerana apa yang dilalui pada zaman internet sekarang lebih teruk, apatah lagi perlu berdepan dengan orang sekeliling dan kecaman warganet,” katanya seperti dipetik Sinar harian.

Mengulas mengenai single terbarunya, single Meluruh adalah ciptaan Alyah, Helen Yap dan liriknya Slen. Manakala video muzik rasminya arahan Ghaz Abu Bakar.

Bicara mengenai rumah tangga dengan pengarah muzik terkelan Datuk Ramli MS pula, kata Alyah rumah tangganya baik-baik saja.

Advertisement

“Saya dan suami tidak suka untuk mencampuradukkan hal karier seni dan rumah tangga”

“Tapi suami memang tahu apa yang saya lakukan dalam karier seni termasuk mereka yang bekerja dengan saya serta pembikinan single Meluruh ini,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel