Connect with us

Terkini

Aiman, Zahirah nikah Februari 2020

Pasangan pelakon terkenal, Aiman dan Zahirah yang telah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada Februari 2020.

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar masih belum ditetapkan pasangan terbabit. Menurut pasangan itu tarikh sebenar akan dikongsikan kepada umum apabila sudah ada tarikh yang sesuai.

Loading…

Kata mereka lagi, hanya satu majlis yang akan diadakan untuk kedua-dua belah pihak sekaligus, dimana majlis akad nikah dan majlis resepsi tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur.

Aiman dan Zahirah membuat pengumuman tersebut pada sebuah sidang yang turut dihadiri oleh bapa Zahirah, iaitu pelakon Zainol MacWilson.

Advertisement

Pada sidang media terbabit, mereka turut memperkenalkan kafe Aiman, Bakerfellas di Ara Damansara.

Sebulan yang lalu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan di kediaman wanita itu di Pert, Australia pada 8 Jun setelah enam bulan bercinta. -Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel