Connect with us

Pilihan Editor

‘Tasbih kat tangan tak tinggal’ – Netizen kagum Yang di-Pertuan Agong sekali lagi cemar duli bantu mangsa kemalangan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali sempat berhenti dan bertanya khabar kepada mangsa kemalangan jalan raya dekat Istana Negara

Sememangnya ungkapan ‘raja berjiwa rakyat’ cukup tepat sekali dengan kemuliaan hati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong apabila hari ini satu lagi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara memaparkan baginda mencemar duli turun dari kenderaan rasmi yang dinaiki untuk melihat dan sempat bertanya khabar dengan mangsa kemalangan.

Loading…

Menurut pengendali akaun rasmi Istana Negara tersebut memaklumkan nahas itu berlaku di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, pagi ini. 

”Yang di-Pertuan Agong menuruni kenderaan rasmi baginda untuk memeriksa keadaan dan bertanya khabar kepada pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan di jalan susur dari pintu utama Istana Negara ke Jalan Tuanku Abdul Halim.” tulis pentadbir akaun tersebut.

Advertisement

Tidak jelas butiran perbualan baginda dengan mangsa, seorang pegawai kelihatan mendengar sesuatu daripada baginda yang turut bertanya khabar kepada individu lain sebelum meneruskan perjalanan untuk merasmikan Pameran Raja Kita yang berlangsung di Muzium Negara.

Ia bukanlah kejadian pertama kali seumpamanya apabila pada 26 Jun lalu, Al-Sultan Abdullah turut melakukan perkara sama dengan turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa nahas dekat Putrajaya sewaktu baginda dalam perjalanan menghadiri mesyuarat pra-Kabinet.

Sebelum ini juga tular kisah baginda yang beratur sendiri untuk membeli hidangan di restoran makanan segera KFC baru-baru ini hingga menjadi bualan ramai.

Setakat ini video tersebut telah ditonton lebih 67,236 kali dan menerima lebih 18,000 likes.

Rata-rata netizen memuji keprihatinan baginda mengambil berat hal rakyat dan mereka menyifatkan baginda sebagai raja berjiwa rakyat dan apa yang lagi menarik ada netizen sempat ternampak tasbih ditangan Baginda. – Malaysian Update

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel