Connect with us

Jenayah

Individu didakwa ugut bunuh ketua pemuda DAP ditahan polis

Polis menahan seorang individu yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Kebangsaan, Howard Lee Chuan How.

Ketua Polis Perak Datuk Razaruddin Husain berkata individu berusia lingkungan 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang diterima berhubung dakwaan itu.

Loading…

“Pihak polis telah menerima laporan dan menahan individu yang dipercayai terlibat dengan ugutan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Advertisement

Lee, yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Perak dalam kenyataan berkata ancaman tersebut diterima melalui tangkap layar satu kumpulan WhatsApp dan dihantar kepadanya.

Berikutan itu, pegawai Lee membuat laporan polis pada Ahad lepas. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel