Connect with us

Pilihan Editor

‘Dimarahi? Tak ada dimarahi, ia perbualan biasa’ – Najib

Selepas SPRM mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tampil menafikan beliau dimarahi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib sebaliknya menyifatkan perbualan itu sebagai perbualan biasa antara suami isteri dan beranggapan ia sebagai sesuatu yang peribadi.

Loading…

“Dimarahi? Tak ada dimarahi, perbualan (biasa) dan ia adalah peribadi.

“Anda pun bersembang dengan isterikan. Apa salahnya?” kata Najib sewaktu mengadakan sidang akhbar di Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Menjelaskan dengan lebih lanjut Najib berkata semua pihak berhak untuk berbincang apa sahaja topik termasuk aktiviti harian dengan pasangan masing-masing selagi ia tidak didedahkan kepada umum.

Terdahulu SPRM membongkar perbualan audio konspirasi yang didakwa sebagai jenayah tertinggi melibatkan rakaman perbualan telefon tujuh individu termasuk dikatakan suara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam pada itu berkata, rakaman berdurasi 45 minit yang disahkan tulen itu telah diterima pihaknya beberapa hari lalu.

Ia melibatkan salah guna kuasa, konspirasi, jenayah berhubung skandal mega SRC International, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta beberapa kes lain.

Perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan Najib Razak

Advertisement

“Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

Perbualan didakwa antara Dzulkifli dan Abdul Azeez

Naji Nafi Kena Marah Dengan Rosmah, Shafee Pertimbang Ambil Tindakan Hina Mahkamah Terhadap SPRM, Latheefa

Selain perbualan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak, rakaman audio turut didakwa mengandungi percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, Datin Seri Rosmah Mansor dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel